.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Mentari Court, Sunway



Kali ini team ZALDECO sibuk menyiapkan kerja-kerja pemasangan lantai kayu lamina di sebuah apartment di Mentari Court, Bandar Sunway Petaling Jaya. Kediaman ini yang asalnya hanya berlantaikan simen biasa akhirnya membuat keputusan bijak apabila memilih lantai kayu lamina bagi menghiasi keseluruhan ruang rumah.




Pemilik kediaman ini memilih untuk memasang lantai kayu lamina pada ruang tamu, ruang makan dan ketiga-tiga bilik tidurnya. Kali ini ZALDECO memilih warna dan corak terkini. Jalur dan jalinan kayu tebal jelas kelihatan pada lantai kayu yang dipilih. Coraknya yang lebih garang dan berani menampilkan sisi kemewahan lantai kayu sebenar.



Faizal sentiasa memastikan kerja-kerja berjalan lancar.

Lantai asalnya yang dari jenis simen, dilitupi oleh tuan rumah dengan tikar getah. Umum tentu sudah mengetahui bahawa tikar getah tidak tahan lama. Malah keadaannya yang tidak kalis udara membuatkan lantai simen terpekup ini menghasilkan lantai yang berair, basah dan berbau.

Jadi langkah terbaik adalah memilih lantai kayu lamina sebagai medium utama lantai. Lebih baik dari semua jenis medium yang ada seperti tiles, jubin dan mozek, pemilihan lantai kayu lamina dilihat lebih praktikal kerana kerja-kerja pemasangannya yang cepat membuatkan kediaman ini bertukar rupa hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.



Bilik si manja yang asalnya hanya bertikar getah kini lebih selesa baginya bermain dengan lantai kayu lamina.




Kerja-kerja team kami yang cukup teliti dan mahir membuatkan pemasangan berjalan lancar meskipun kediaman sudah dipenuhi dengan pelbagai perabot.




ZALDECO hanya memilih lantai kayu lamina yang berkualiti tinggi dan terjamin. Dengan pelbagai corak dan pilihan warna, amat mudah anda suaipadankan dengan citarasa anda. ZALDECO juga hanya memilih skirting dari jenis tebal dan dari medium kayu dan bukannya skirting dari medium plastik seperti kebanyakkan syarikat lain tawarkan. Bagi ZALDECO skirting kayu tampil lebih mewah, kukul dan tebal.




Tiada apa lagi kata-kata yang boleh diungkapkan dengan lantai kayu lamina, selain dari mewah, bergaya, ekslusif dan cukup selesa!


Hasil yang mengagumkan.

No comments:

Post a Comment