.

Pengikut Blog Zaldeco

New Showhouse

Tahun Lalu menyaksikan Showhouse ZALDECO menampilkan tema 'Asian Culture'. Tahun ini pereka dalaman Faizal zain berubah angin apabila tampil menerusi sentuhan terbaru rekannya iaitu tema 'Kediaman Dalam Taman'


Disinilah tempat Faizal sering memberi konsultasi kepada para pelanggan.

Tema 'Kediaman Dalam Taman' lazimnya sering diadaptasikan ke atas kediaman jenis bertanah seperti kediaman teres, semi-D mahupun banglo, namun Faizal mencabar dirinya apabila membawa tema ini ke atas kediaman jenis bertingkat, di apartmentnya.

Maka ternyatalah tema 'Kediaman dalam Taman' juga boleh anda miliki walaupun anda hanya tinggal di flat, apartment mahupun kondominium.


Sudah menjadi trend, Faizal gemar mendekorasi lampu-lampu gantungan.

Tema ini menampilkan kediaman yang digubah segar dan dingin. Rimbunan kehijauan bersama rona warna alam semulajadi berpadu kukuh melahirkan suasana seolah anda berada di dalam sebuah taman.



Kanvas dinding ini rekaan Faizal sendiri.

Sentuhan Faizal kali ini sarat dengan kehijauan, secara keseluruhan kediaman dengan tema ini akan tampil dengan warna-warna hijau dalam pelbagai rona.





Ruang balkoni digunakan sepenuhnya oleh Faizal agar benar-benar menyerupai taman. Penuh dengan pelbagai tumbuhan dan kehijauan yang menjalar, taman ini sebenarnya hanya menggunakan dedaunan dan bebungaan artificial. Ianya lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai kehidupan yang sibuk yang semestinya tidak mempunyai masa untuk menjaga taman sepenuhnya.

Buaian gantung melengkapka lagi aura taman yang cuba disampaikan. Suasana yang nyaman dan redup pasti membuatkan anda leka seketika dihayun buai saat berehat dan santai.




Tidak ketinggalan bilik tidur utama juga menampilkan tema yang sama. Nah rasakan bagaimana seolah-lahnya anda tidur di tengah-tengah taman nan hijau...menarik bukan...apa lagi...jom deko!



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

zara said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment