.

Pengikut Blog Zaldeco

Berpaksikan sentuhan elemen tradisi yang diadun bersama elemen klasik modern, terciptalah konsep ‘Asian Culture’ yang sarat disuaikan untuk ZALDECO Showroom ini. Dari kediaman sederhana, kediaman ini digubah menjadi sebuah kediaman yang cukup ekslusif.

Semua elemen-elemen kayu menjadi tunjang buat showroom ini, di mana di setiap ruang pasti diberi sentuhan sedondon.

Saksikan idea-idea sentuhan ZALDECO ke atas showroom ini yang penuh ciri-ciri dekorasi daripada sentuhan pereka dalaman Zal.

Balkoni
Ruang balkoni kediaman ini tidak di persiakan. Walaupun berkeluasan sederhana, namun jika diberi sentuhan yang tepat ianya boleh bertukar menjadi sebuah ruang santai yang cukup indah. Membawakan tema ‘Asian Culture’, ZALDECO memberi sedikit sentuhan buat kerusi jati dan elemen taman.




Tumbuhan segar malar hijau juga melatari di segenap ruang balkoni ini hingga merimbun menyejukkan suasana dan menyegarkan mata memandang.


Balkoni yang bertukar menjadi ruang santai diserikan dengan meja santai bersama dekorasi bebola-bebola rotan. Begitu indah, ianya menjadi ruang menghirup udara segar dan bersantai bersama keluarga sambil menikmati minuman petang.



----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruang Tamu
Ruang tamu showroom ini menjadi jantung kepada asas dekorasi berkonsepkan ‘Asian Culture’. Sarat dengan elemen-elemen yang bersangkut-paut antara satu sama lain, asas kayu menjadi medium pilihan. Bebola rotan, pasu anyaman, bungaan kering antara dekorasi yang ditampilkan. Segenap kediaman ini diliputi kertas dinding 3 dimensi kalis air berwarnakan tanah. Tidak mahu lari dari tema yang disampaikan, Zaldeco hanya memadankan perabot, dekorasi, dinding dan segala-galanya dari warna-waran asas tanah.





Keseluruhan ruang tamu ini menampilkan warna sedondon dan sentuhan yang tidak lari dari tema yang cuba disampaikan.

Tiada satupun cahaya terang kalimantang menyilaui mata. Hanya pantulan samar-samar mentol kuning menguatkan lagi aura ‘Asian Culture’ yang sememangnya bergantung kepada sumber cahaya semula jadi dan lebih mengetengahkan suasana suram dan samar. Beserta haruman terapeutik melatari segenap ruang ini, bau-bauan segar ala spa menenangkan lagi seluruh suasana di dalam kediaman.

Semua sentuhan berasaskan sumber bumi bersepadu menghiasi seluruh ruang tamu ini, semua elemen disampaikan dengan baik membawakan suasana penuh tradisi tetapi masih moden.

Pilihan pasu-pasu anyaman mengkuang dan rotan.

Kertas dinding 3 dimensi kali air ini akan berubah wajah apabila malam menjelma. Dalam suasana yang lebih gelap dan suram, pantulan neon ke atas permukaannya akan menghasilkan impak jalinan benang-benang emas yang berkilauan memenuhi seluruh ruang kediaman.

Pilihan lantai lamina kayu juga diadaptasikan buat segenap ruang, ianya menampilkan suasana sejuk dan menepati tema yang cuba dihasilkan.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruang Makan
Terlindung indah, ruang makan showroom ini diberi sentuhan cukup sederhana namun tema ‘Asian Culture’ masih bernyawa di dalamnya. Tidak mahu terlalu sarat dalam mendekorasi ruang yang sederhana ini, maka ZALDECO meminimumkan segala sentuhan buat ruang makan untuk lebih privasi.



----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapur
Tidak banyak yang dapat dibuat buat ruang dapur yang sempit, namun kepakaran ZALDECO akhirnya berjaya menyerlahkan dan membangkitkan aura ruang dapur kecil ini. Dengan susunan rapi, lantunan warna yang serasi serta susunan alat-alatan serba ringkas, anda pasti tertarik dengan ruang dapur sederhana ini.


Kebanyakkan kediaman hari ini membataskan had ruang dapur. Jadi ramai yang mudah tersasar dengan susun atur yang salah yang akhirnya menjadikan ruang dapur mereka tampak serabut dan sempit. Dapatkan pandangan dan sentuhan ZALDECO untuk dapur anda agar apa yang anda lihat ini dapat dimiliki sendiri….



-------------------------------------------------------------------

Bilik Tidur Utama
Bilik tidut utama juga membawakan warna-warna asa tanah, diadun bersama lampu lantai rotan beranyam dan bebola-bebola rotan sebagai dekorasi sampingan. Suram beronakan warna lampu rotan, bilik tidur ini tampil nyaman dan mudah membuatkan anda dibawa mimpi semalam.


Tidak menampilkan sebarang sentuhan perabot sediabina, jadi ianya juga boleh menjadi satu cetusan idea buat anda yang memiliki bilik tidur sederhana luas seperti ini.



-------------------------------------------------------------------

Bilik Tidur Anak Lelaki.
Hijau amat sinonim dengan kegembiraan, keceriaan dan ketenangan. Hijau juga menjadi warna pilihan ZALDECO untuk diadaptasikan keatas bilik anak lelaki. Tidak kira warna apa sekali pun yang anda cuba tampilkan ke atas bilik anak anda nanti, pastikan setiap elemen dekorasi dan susunan perabotnya tepat dan bersesuaian dengan ruang. Namun warna-warna suram harus dielakkan untuk digunapakai buat bilik anak-anak.

Bilik tidur ini ditampilkan cekup ceria buat si manja menghabiskan masa bermain dengan penuh kecerian dan selesa. Setiap perabot juga mestilah simple dan selamat digunakan oleh anak-anak yang sedang membesar.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bilik Tidur Anak Perempuan.
Lantunan warna lembut selalunya menjadi pilihan buat bilik anak-anak perempuan. Kali ini ZALDECO membawakan warna merah jambu sebagai warna tema buat bilik ini. Dekorasi yang tersusun dan indah, menampilkan mood yang cukup ceria. Segenap ruang diberikan sentuhan sedondon menyerlahkan lagi bilik ini. Si manja pasti terpegun dengan keindahannya. Pastikan si puteri anda juga mendapat bilik yang seumpanya, jadi berurusanlah bersama ZALDECO untuk merealisaikan impian anda.