.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur di PPR Pantai Dalam



Sejak sekian lamanya ZALDECO menerajui sentuhan renovasi dengan harga mampu milik dan murah. Pelanggan kami terdiri dari pelbagai golongan. Memberikan sentuhan dari kediaman banglo mewah sehingga kediaman biasa sudah menjadi rutin ZALDECO.

Dari rekaan kabinet dapur yang besar sehingga apa jua saiz kabinet dapur anda, ZALDECO tidak pernah memandang ringan. Apa yang kami mahu dan cuba, adalah memberi kepuasan kepada semua pelanggan kami. Walaupun kadang-kala masalah-masalah kecil tidak dapat dielakkan.




Buat kediaman pelanggan di PPR Pantai Dalam ini, meskipun mempunyai ruang dapur yang terhad, namun dengan rekaan kami, keseluruhan ruang yang ada dapat digunapakai sebaik yang mungkin.



ZALDECO selalu menghasilkan rekaan kabinet dapur yang ringkas, tetapi tidak membazirkan ruang yang ada dan jua tidak berlebih-lebihan. Apa yang penting adalah kabinet dapur yang cantik menyerlah beserta keselesaan memasak.




Dapur memasak ELBA sememangnya pilihan yang mampu milik. Dengan harganya yang sederhana, rekaan dapur jenama ini tidak kurang hebatnya malah ketahanannya di akui.



Sememangnya kini gabungan hitam dan red cherry menjadi impian ramai pelanggan. Manakan tidaknya gabungan warna ini amat menyerlah dan cantik. Table top dengan warna yang agak gelap mudah menutup kekotoran sewaktu kita memasak.





Memantau kerja-kerja pemasangan sememangnya menjadi rutin kru ZALDECO. Bagi memastikan pemasangannya menepati rekaan dapur pereka dalaman Faizal Zain.



Nah, kini keselesaan memasak jelas tergambar buat pelanggan kami. Ruang dapur yang sempit kini tampil lebih menyerlah dan memukau.

3 comments:

notty_gurlk said...

Saya nak pasang kabinet dapur kebaboom ni di ppr..tapi nak mntak tukar table top konkrit..macamana harganye ye...

::c[i]k b[e]L[L]a:: said...

Bly tau berapa harga utk kabinet mcm ni ye?

Sagyvibes said...

Harga berapa nk tempah

Post a Comment