.

Pengikut Blog Zaldeco

Kertas Dinding di ZALDECO Showhouse

Kehangatan Syawal semakin terasa, di kesempatan promosi kertas dinding 'wallpaper' ZALDECO Showhouse juga tidak ketinggalan mengambil peluang keemasan ini untuk menukar keseluruhan wallpaper yang sedia ada. Wallpaper ZALDECO Showhose yang asal telah dipasang sejak 4 tahun yang lalu.

Apabila Showhouse ini menukar konsep dari konsep Asian Culture kepada Garden House, ZALDECO juga menukar keseluruhan kertas dinding yang ada bagi menepati konsep.




Kerja-kerja mengopek dan menanggalkan wallpaper lama perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun segalanya tidak menjadi halangan kepada team kami yang sememangnya pakar dalam hal-hal yang demkian.




Pereka dalaman Faizal Zain kali ini memilih dua rota dan corak wallpaper bagi melatari keseluruhan ruang tamu, ruang santai dan ruang makan. Wallpaper dengan base putih dan bercorak dedaun hijau beserta wallpaper bercorak brick atau batu bata berjaya dipadankan dengan sempurna.





Dengan adanya promosi ini pemasangan wallpaper dirasakan amat berbaloi. Hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja ZALDECO Showhouse sudah bertukar rupa. Kelihatan lebih segar dengan sentuhan baru. Bagi transformasi ini ZALDECO Showhouse memperuntukkan 32 gulung wallpaper. Lihatlah...bergitu hebatnya aura yang dimiliki oleh wallpaper.





Pada bilik kanak-kanak pula dua rona wallpaper dari corak sedondon dipilih. Tidak terlalu keanak-anakkan, wallpaper untuk bilik si manja ini di pilih dari corak flexible, seiring usia mereka membesar, wallpaper yang di pilih akan kekal menyerlah seiring usia mereka menuju remaja.





Dapatkanlah pandangan dan konsultasi kami bagi menghiasi kediaman anda dengan wallpaper. ZALDECO sudah menerajui konsultasi dan pemasangan wallpaper sejak sekian lama dan diyakini pelanggan.

No comments:

Post a Comment