.

Pengikut Blog Zaldeco

Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1

Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Ruang Tamu

Pereka dalaman terkenal Faizal Zain sering diberikan kepercayaan untuk menghasilkan renovasi dan dekorasi keseluruhan rumah oleh banyak pelanggan lebih sedekad yang lalu. Ratusan kediaman pelbagai jenis sudahpun menerima sentuhan kreatif beliau dalam melahirkan kediaman impian.

Sebuah kediaman 3 tingkat dengan 7 bilik tidur yang terletak di Taman Desa Mas, Bangi ini juga telah mandapat 100% sentuhan Faizal Zain dalam kerja-kerja renovasi dan dekorasi. Jadi kami kongsikan bahagian demi bahagian untuk tatapan semua.

Pada ruang tamu utama kediaman ini, pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan satu rekaan sofa 3 tempat duduk custome made dengan penggunaan fabrik lembut bewarna hijau terang. Rekaan ini diberi kelainan dengan sedikit sentuhan pada bucu penyandar sofa yang melengkung, membuatkan pemiliknya menjadi lebih eksklusif kerana rekaan Faizal Zain ini tidak sama dengan rekaan sofa yang terdapat di kedai-kedai perabot yang ada.

Rekaan sofa 3 tempat duduk ini juga dilengkapi dengan bantal-bantal kecil atau throw pillow custome made yang direka khas menggunakan warna hijau terang dan warna kelabu berkilat. Feature wall pada belakang sofa pula dicatkan menggunakan warna pastel kelabu lembut bagi mengimbangi rekaan ruang tamu ini yang menggunakan warna asas hijau dan kelabu.

Langsir rona kelabu berkilat dari fabrik tebal 100% blackout disertakan dengan sheer putih mulus menghiasi keseluruhan ruang pintu sliding door pada ruang tamu ini.

Pada bahagian siling, rekaan L-Box menggunakan neon T5 warm white membangkitkan suasana yang lebih menarik. Walaupun ringkas, namun kekemasan rekaan ini menyuntik sentuhan dekorasi yang lebih sempurna. Pereka dalaman Faizal Zain memberikan lagi kelainan dengan penggunaan kipas siling dari kombinasi gangsa dan putih. Amat berlainan sekali!

Pada bahagian dinding satu lagi dicatkan dengan warna hijau muda lembut. Kemudian Faizal Zain mereka 2 buah sofa single ringkas dengan penggunaan fabrik dari rona kelabu. Sofa single ini direka ringkas tanpa lengan dan dihiasi juga dengan bantl-bantal kecil empuk bagi menyerlahkan lagi rekaan.

Hiasan-hiasan kecil seperti meja kopi,lampu meja dan pokok-pokok renek hiasan memberikan kelengkapan dalam sesebuah sentuhan.

Tengok tu bertapa sibuknya team ZALDECO menyiapkan kerja-kerja di ruang tamu ini.

Ruang menonton juga tidak dilupakan, sebuah rekaan rngkas kabinet tv lekap dinding menghiasi ruang menonton. Rekaan kali ini untuk tv 50 inci dengan kombinasi rona coklat muda dan putih.

Jom kita lihat seterusnya kerja-kerja renovasi, memecah dan menambah dinding serta kerja-kerja pendawaian yang dilakukan oleh team ZALDECO.

ZALDECO sentiasa bekerja keras demi memberikan yang terbaik buat pelanggan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------- Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Ruang Dapur Kering

Untuk ruang dapur kering, pereka dalaman Faizal Zain menyuntik elemen segar dan ringkas yang menjadi kekuatan sentuhannya setiap kali melakarkan idea. Sebuah set kabinet dapur berbentuk lurus dihasilkan untuk ruangan ini. Kombinasi hijau segar dan krim oak dipilih sebagai warna utama kabinet dapur ini.

Selain penggunaan permukaan milamin, rekaan kali ini juga menggunakan pintu kaca frosted bagi menyerlahkan lagi rekaan. Turut dilengkapi dengan ruang tall unit yang direka khas bagi menyimpan lauk-pauk dan melindungi makanan daripada hinggapan lalat...menarik bukan...

Jom kita lihat kerja-kerja bagaimana kabinet dapur ini disiapkan oleh team ZALDECO.
----------------------------------------------------------------------------------------------------- Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Ruang Dapur Basah

Untuk ruang dapur basah ini pula,selebriti pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan rekaan kabinet dapur berbentuk L dengan dengan pelbagai aksesori dimasukkan sekali termasuk dish rack, bottle rack, dish drawer dan pelbagai lagi. Ini bagi memudahkan pelbagai pinggan mangkuk serta keperluan memasak disimpan dengan baik.

Selain itu tall unit juga direka di bahagian bucu bagi memperbanyakkan lagi ruang penyimpanan. Bahagian tall unit juga dilengkapi aksesori bottle dan spice rack bagi memudahkan segala bahan-bahan memasak dapat diletakkan dengan sempurna. Di bahagaian bucu yang satu lagi pula dilengkapi dengan pull out dish rack dryer bagi memudahkan pinggan mangkuk yang baru dibasuh dikeringkan.

Dibahagian tingkap pula reakaan custome made blind dari rona putih diletakkan agar memudahkan kerja-kerja memasak di dapur. Ianya boleh digulungkan ke atas saat hendak membuka tingkap dan boleh dilepaskan ke bawah untuk lebih privasi. Blind dari jenis sintetik tebal ini mudah dicuci dan dibasuh, malah cukup mesra pada air...tiada masalah.

Seterusnya jom kita lihat team ZALDECO yang sibuk menyiapkan sentuhan di bahagian dapur basah ini.

Di bahagian yard pula turut dilengkapi dengan tempat penyidai boleh laras stenless steel dan dibahagian belakang pula dipasangkan grill serta awning polycarbonate bagi melengkapi sentuhan pada ruang ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------- Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Ruang Makan

Untuk ruang makan,selebriti pereka dalaman Faizal zain menggunanakan warna kuning terang sebagai warna tarikan feature wall. Di bahagian ini juga terdapat set meja makan custome made rekaan Faizal Zain menggunakan rona kayu disertakan dengan kerusi sebanyak 8 set rekaan Faizal Zain. Rekaan kali ini memberiakn kombinasi 6 set kerusi sandar dan 2 set kerusi berlengan yang diletakkan di bahagian bucu meja.

Meja makan custome made rekaan Faizal Zain yang kukuh kelihatan begitu utuh berbanding meja makan yang sedia ada yang dijual di kedai-kedai perabot. Pemilihan fabrik tebal ;embut untuk rekaan kerusi meja makan juga kelihatan begitu menyerlah dengan kombinasi coklat gelap dan rona berjalur-jalur.

Kerusi meja makan yang empuk ini menjadikan suasana menikmati hidangan bersama keluarga menjadi lebih selesa dan seronok. Di bahagian meja makan ini juga rekaan plaster ceiling L-Box dengan pencahayaan T5 menjadikan ruang makan tampil cukup menyerlah. Semestinya rekaan Faizal Zain sering tampil ringkas bersahaja tetapi penuh aura dekorasi.

Bunga lily hiasan meja makan utama menjadi tumpuan disertakan dengan table runner rona hijau cerah. Kombinasi ini tampil begitu segar dan nyaman sekali serta di lengkapi hiasan cermin besar pada bahagian feature wall. Teknik pencahayaan lainnya di bantu dengan penggunaan lampu lantai rinkas yang diletakkan di bahagian sudut dinding bagi mengimbangi sentuhan dekorasi.

Pada bahagian bersebelahan meja makan pula pereka dalaman Faizal Zain menggunakan runag tersebut sebagai ruang santai. Di sini pereka dalaman Faizal Zain mereka sebuah sofa ringkas L-shape bagi memenuhi keseluruhan ruang yang ada. Rekaan sofa santai ini juga menggunakan kombinasi yang seakan sama dengan set kerusi meja makan bagi menjelmakan keserasian ruang di antara keduanya.

Seterusnya jom kita lihat di antara foto-foto team ZALDECO yang sibuk menyiapkan sentuhan di ruang makan ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------- Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Bilik Tidur Utama Untuk sentuhan dekorasi dan renovasi di bilik tidur utama pula, pereka dalaman Faizal Zain mengetengahkan rekaan moden minimalis tetapi menggunakan keseluruhan ruang yang ada agar tampil praktikal dalam memaksimumkan penguasaan ruang bilik. Bilik tidur ini juga dilakukan sedikit renovasi pada balkoni yang ada, iaitu memperbesarkan lagi ruang bilik sedia ada.

Pereka dalaman terkenal Faizal Zain memilih kombinasi warna biru lembut untuk bilik tidur utama ini. Warna biru dipercayai merupakan warna terapi yang boleh membangkit perasaan tenang dan damai dan amat sesuai untuk warna pada bilik tidur.

Sentuhan dekorasi di bilik tidur utama ini dilengkapi dengan penggunaan wallpaper dari rona biru lembut dengan corak ornament dan turut dilengkapi dengan rekaan built in wardrobe dari rona putih berjalur. Rekaan wardrobe yang ringkas dengan kombinasi kaca frosted menyerlahkan lagi suasana bilik ini. Begitujuga dengan penggunaan langsir. Custome curtain dari rona biru muda polos dan tebal menghiasi bilik ini menjadikan ianya satu kombinasi yang cukup baik.

Built in wardrobe direka dengan begitu terperinci sekali agara setiap ruang yang ada di dalam bilik tidur ini dapat digunakan sepenuhnya. Rekaan full height sungguh praktikal kerana membuatkan kita dapat menggunakan ruang penyimpanan semaksima yang mungkin.

Selain turut mendapat sentuhan penggunaan kertas dinding, untuk bilik tidur ini juga mendapat sentuhan rekaan custome katil queen saiz hasil rekaan Faizal Zain. Pereka dalaman Faizal Zain memilih fabrik baldu kelabu lembut untuk menjadi based dan headboard katil. Fabrik baldu kelabu lembut ini kelihatan sungguh mewah sekali dan menghasilkan permukaan bersinar saat ditempiasi cahaya lampu.

Sebelum bilik tidur utama ini tampil begitu menyerlah, team ZALDECO sibuk melakukan pelbagai sentuhan dekorasi dan renovasi. Jom kita ikut saat kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------- Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Bilik Tidur Anak-anak Untuk sentuhan di bilik anak-anak pasangan ini kombinasi warna unggu, merah jambu dan kelabu diadaptasikan pada bilik masing-masing berdasarkan warna kegemaran mereka. Untuk bilik ini, ianya dilengkapi dengan rekaan custome curtain dengan fabrik mewah 100% blackout tanpa telus cahaya diikuti lapisan day curtain polos putih bersih. Pada setiap bilik dihiasi dengan penggunaan wallpaper bagi membangkitkan aura dekorasi dan ditambah dengan teknik pencahayaan yang baik.

Warna-warna pastel dengan penggunaan custome made curtain rekaan Faizal Zain menjelmakan keperibadian setiap anak-anak untuk bilik masing-masing. Penggunaan wallpaper amat membantu dalam menyerlahkan lagi suasana bilik agar kelihatan lengkap dan berketerampilan.

No comments:

Post a Comment