.

Pengikut Blog Zaldeco

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya

Sebuah banglo mewah yang terletak di Putrajaya iaitu Danau Mutiara yang dilengkapi dengan 8 bilik tidur ini telah pun mendapatkan sentuhan renovasi dan dekorasi keseluruhan oleh pereka dalaman terkenal Faizal Zain melalui syarikatnya ZALDECO. Di kediaman ini sentuhan dekorasi dan dekorasi dilakukan untuk kesemua ruang mengikut konsep yang tersendiri. Jom kita lihat satu persatu.



Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Bilik Tidur Anak-anak Perempuan

Untuk sentuhan di bilik anak-anak perempuan ini kombinasi warna kuning dan biru menjadi warna utama berdasarkan warna kegemaran masing-masing. Untuk bilik ini, ianya dikongsi seramai 2 beradik. Jadi untuk bilik yang agak besar ini memerlukan susun atur yang bijak agar pembahagian ruang cukup berjaya dalam menghasilkan suasana selesa untuk berkongsi.


Bilik ini dilengkapi dengan sebuah wardrobe besar dengan permukaan pintu gelongsor dari jenis cermin penuh. Turut dihiasi 2 unit meja belajar dengan warna kegemaran masing-masing. Meja belajar ini juga direka dwifungsi selain menjadi meja belajar ianya juga adalah sebagai pembahagi ruang.


Untuk sebuah lagi bilik untuk anak perempuan yang lebih ramaja, warna unggu dipilih sebagai warna tema. Bilik ini juga dilengkapi dengan rekaan wardrobe besar dengan pintu gelongsor dari jenis cermin, dihiasi juga dengan meja belajar serta sebuah buit in book rack yang terletak di bahagian balkoni bilik ini.


Warna-warna lembut dan ceria dipilih bersesuaian dengan usia si penghuni bagi menghidupkan suasana yang tenang dan santai di bilik tidur masing-masing. Untuk kesemua bilik tidur ini, Faizal Zain menghasilkan rekaan langsir dengan warna tema masing-masing dengan fabrik 100% blackout disertai dengan lapisan sheer ringkas putih susu. Langsir yang tebal amat sesuai diletakkan di bilik tidur agar cahaya matahari dapat dilindungi jika anda masih mahukan suasana gelap saat hari sudah siang dan panas.


Maka marilah kita lihat kerja-kerja sewaktu team ZALDECO sibuk menyiapkan kedua-dua bilik ini sehingga menghasilkan satu sentuhan yang cukup menarik dan ceria.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Bilik Tidur Utama


Untuk sentuhan dekorasi dan renovasi di bilik tidur utama pula, pereka dalaman Faizal Zain mengetengahkan rekaan moden minimalis tetapi menggunakan keseluruhan ruang yang ada agar tampil praktikal dalam memaksimumkan penguasaan ruang bilik. Bilik tidur ini juga terdapat 2 buah balkoni, satu sebuah balkoni bersaiz besar dan satu lagi bersaiz kecil serta sebuah bilik air yang tidak kurang besarnya.


Bilik tidur utama ini asalnya terbuka luas tanpa sempadan jadi agak sukar jika pemilik kediaman ini tidak menggunakan idea ZALDECO dalam menatahias bilik tidur yang besar seperti ini. Jadi ruang yang besar telah dibahagikan kepada beberapa ruang agar bilik tidur yang besar ini mempunyai pelbagai ruang yang saling melengkapi.


Antara pembahagi ruang yang direka cipta termasuklah sebuah wall tv rack divider yang menjadi pembahagi antara kawasan letaknya katil dan juga tempat bersiap dan meletakkan pakaian. Rekaan ini juga didatangka bersama dengan sebuah wall book divider. Ianya direka hingga ke paras siling dan dilengkapi dengan pintu-pintu kecil yang di mana di dalamnya adalah ruang-ruang penyimpanan terutama untuk meletakkan buku-buku dan bahan bacaan.

Di hujung katil juga kami hasilkan sebuah set study table yang lengkap dengan wall unit. Ini amat praktikal untuk tuan rumah yang mungkin ada masanya perlu menghabiskan masa dirumah untuk menyiapkan kerja-kerja dari pejabat.


Pada asasnya bilik tidur utama ini dihiasi dengan langsir rekaan kami yang amat tebal iaitu 100% dari jenis blackout fabrik dari koleksi bewarna maroon. Warnanya yang mewah dan kombinasi yang tenang memperlihatkan bilik ini tampil menjadi bilik tidur yang selesa.


Tidak lupa di sebahagian ruang lagi kami lengkapi dengan rekaan wardrobe pasang siap L-shape yang cukup besar. Kesemua pintu wardrobe ini kami gunakan dari jenis kaca cermin agar menampkan ilusi ruang yang cukup hebat. Di sebahagian ruang yang telah kami bahagikan tadi, kami reka pula satu ruang untuk bersolek dan meletakkan pelbahagai keperluan berdandan. Ruang ini tersorok dan tampil lebih privasi bagi si isteri bersolek dan bersiap-siap.


Gabungan warna krim, maroon dan putih cukup menyerlahkan rekaan kami untuk ruang bilik tidur ini. Sudut pencahayaan juga tidak dilupakan apabila sebuah lampu lantai diletakkan bagi menaikkan seri ruang.


Jadi jom kita lihat gambar-gambar seterusnya yang memperlihatkan kerja-kerja team ZALDECO yang sedang sibuk menyiapkan sentuhan untuk bilik tidur utama ini.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Bilik Tidur Anak Lelaki


Menghiasi bilik si bujang amat memerlukan penataan dekorasi yang bijak justeru itu pereka dalaman terkenal Faizal Zain melakukan penyelidikan terlebih dahulu dan cukup berhati-hati bagi menghasilkan sentuhan untuk citarasa si bujang yang adakalanya sukar dijangka.


Untuk bilik anak bujang ini, Faizal Zain menggunakan pendekatan rekaan yang lebih ringkas dan penggunaan warna yang menjelmakan sisi kelelakian. Penggunaan warna silver ataupun perak akhirnya dipilih bagi melatari keseluruhan ruang bilik ini.


Bilik tidur si bujang ini dihiasi dengan rekaan study table yang memanjang memenuhi ruang. Rekaan ini sahaja dimaksimumkan kerana ada kalanya sibujang kurang gemar menyusun atur perkakas membuatkan mereka memerlukan ruang yang lebih luas. Selain berfungsi sebagai study table ianya juga boleh dijadikan tempat meletak tv atau permainan video memandangkan sebahagian dari mereka gemar bermain game dan menghabiskan masa di dalam bilik tidur.


Bilik ini juga dilengkapi dengan sebuah balkoni tinjauan. Daripada pintu gelongsor sehingga kesemua tingkap yang ada, rekaan langsir dari fabrik satin tebal berwarna perak menghiasi keseluruhan bilik ini.


Bilik ini juga dilengkapi dengan wardrobe besar dengan pintu berkaca bagi menghasilkan ilusi yang lebih luas. Selain wardrobe ini, bilik ini juga direka dengan walk in wardrobe yang terletak di hadapan pintu bilik air. Walk in wardrobe selalunya lebih privasi bagi sibujang bersalin dan mengenakan pakaian.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Ruang Tamu


Bagi ruang tamu pula rekaan custome made set sofa dan stool direka dari koleksi fabrik bald lembut dan tahan lasak dari kombinasi warna jalur-jalur maroon dan coklat. Dipadankan pula dengan rekaan rak tv yang dilekatkan terus pada dinding dari rekaan ringkas menggunakan warna coklat walnut bagi disedondonkan dengan warna set sofa.



Selain itu kertas dinding daripada koleksi glitter & shinning dipilih untu dilekatkan pada dinidng utama sebagai titik tumpu perhatian. Kertas dinidng ataupun wallpaper dari jenis ini akan kelihatan berkilat-kilat saat terkena pantulan cahaya lampu. Hiasan lampu gantung juga tidak dilupakankan untuk menghiasi ruang tamu ini.


Dua warna langsir dipilih, iaitu warna coklat mewah berkilat dari fabrik satin tebal untuk ruang tamu utama dan warna hijau jambu air pula dipilih bagi menghiasi sebahagian ruang lagi. Langsir tebal ini menyerlahkan lagi kemewahan sesebuah kediaman.


Kediaman ini juga menggunakan hampir 15 unit pendingin hawa bagi mendapatkan suasana nyaman dan bersih untuk ruangan dalaman rumah. Pembahagi dengan rekaan istimewa bertingkat juga diletakkan di antara ruang tamu utama dan ruang makan bagi memisahkan kedua-dua ruang ini yang asalnya terbuka luas tanpa sempadan.


Jom kita lihat kesibukan team ZALDECO dalam memberikan hasil terbaik dalam setiap sentuhan untuk kepuasan pelanggan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Ruang Dapur Kering & Basah


Ruang dapur semestinya menjadi ruang yang penting dalam sesebuah kediaman, tidak hairanlah mengapa sehingga kini rata-rata pelanggan amat mempercayai kredibiliti ZALDECO dalam menghasilkan sentuhan yang sempurna berlandaskan lebih dari sedekad pengalaman syarikat kami dalam perniagaan ini.


Untuk kediaman ini terdapat dua ruang dapur iaitu ruang dapur kering dan ruang dapur basah. Pada bahagian ruang dapur basah, pereka dalaman Faizal Zain menggunkan warna coklat dan krim, menterjemahkan dua kombinasi warna gelap dan terang dalam menjadikan ruangan dapur tampak menarik.


Manakala untuk ruang dapur kering pula kombinasi dari gabungan warna hujau terang dan putih menghasilkan suasana yang lebih moden dan segar.


Jom kita ikuti gambar-gambar kesibukan team ZALDECO semasa menyiapkan ruang dapur ini.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Ruang Makan


Baiklah semua runag sudah disentuh, kini tiba masa pula untuk ruang makan. Di ruang ini direkakan sebuah meja makan custome made dengan rekaan corak kayu yang agak 'rare' atau pun pelik hasil cetusan idea pereka dalaman Faizal Zain.



Kemudian dipadankan pula dengan hiasan meja dari gubahan bungaan segar, dari koleksi bunga lily import yang berkualiti. Kebiasaan hiasan bunga hidup tidak dapat bertahan lama, jadi disamping itu pereka dalaman Faizal Zain juga turut menghiasi satu lagi hiasan bunga plastik yang juga menggunakan bunga lily tiruan.


Meja makan yang direka khas ini boleh menampung sehingga 8 orang membuat kan rekaan custome made kerusi makan juga dihasilkan sendiri. Pereka dalaman Faizal Zain mencipta 6 kerusi dengan tempat sandaran yang tinggi manakala 2 buah lagi kerusi berlengan. Dua kombinasi warna dipilih iaitu dari warna coklat dan hiaju epal yang menyerlahkan lagi suasana.

No comments:

Post a Comment