.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Wardrobe ZALDECO Di Vista Alam


Buat pelanggan di Vista Alam kali ini pereka dalaman terkenal Faizal Zain menghasilkan rekaan wardrobe yang bersambung terus dengan bahagian penyimpanan yang diletak di dinding kepala katil. Rekaan ini sesuai bgi ruang bilik yg terhad agar penggunaan ruang dapat dimaksimumkan dan mempunyai ruang penyimpanan yang lebih banyak.


Warna coklat gelap dari koleksi walnut dipilih bagi membangkitkan sedikit aura sentimental dan klasik. Walaupun penggunaan warna gemap dipakai namum kehadiran cermin-cermin besar dapat mengimbangi keluasan ruang.


Sebahagian dari pintu wardrobe juga diletakkan dengan pintu cermin, agar ruang kecil kelihatan lebih luas dengan penggunaan cermin. Biasan yang terhasil menjadikan ilusi ruang kelihatan lebih besar.

No comments:

Post a Comment