.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Sentuhan Dekorasi Di Vista Alam, Shah Alam

Sentuhan Dekorasi Di Vista Alam, Shah Alam - Ruang Tamu & Bilik Tidur

Satu pasangan muda yang baru berkahwin membeli sebuah soho yang terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam, amat menginginkan sentuhan pereka dalaman terkenal tanah air, Faizal Zain bagi menatahias kediaman baru mereka agar tampil lebih menarik lalu mereka mendapatkan perkhidmatan ZALDECO sepenuhnya.


Akhirnya inilah hasilnya. Cukup menyerlahkan segenap ruang yang ada, pereka dalaman Faizal Zain membawakan sentuhan ringkas dan moden buat kediaman soho ini agar bersesuaian dengan cara hidup bandar yang serba minimalis.


Pengunaan warna krim dan merah menguasai hasil sentuhan ini. Pemilihan warna cat dan kerja-kerja mengecat dilakukan dengan terperinci oleh ZALDECO agar kesinambungan warna akan kelihatan senada buat rumah yang bersambung terus antara ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur ini.


Segenap ruang yang ada diletakkan cermin termasuk di bahagian dinding ruang tamu dan keseluruhan pintu wardrobe. Penggunaan cermin terpaksa di maksimumkan untuk ruang terhad ini kelihatan lebih besar. Bagi mengurangi impak ilusi. Faizal Zain menggunakan cermin lepaan gelap bagi cermin di bahagian ruang tamu.


Ruang bilik yang terhad juga di gunakan sepenuhnya oleh Faizal Zain dalam rekaan wardrobenya bagi memaksimumkan penggunaan. Di atas kepala katil juga diletakkan rekaan wardrobe shelve bagi memperbanyakkan lagi ruang penyimpanan.


Bilik air juga dihiasi oleh Faizal Zain dengan ruang penyimpanan bercermin bagi memudahkan segala keperluan dibilik air. Warna terang digunakan untuk keseluruhan ruang bilik air agar ianya tampil lebih luas dan segar.


Teknik pencahayaan juga dihasilkan dengan rapi temasuk lampu hiasan dan lampu di sekeliling l-box pada plaster siling. Rekaan plaster siling yang ringkas menjelmakan citarasa moden hari ini. Ikutilah gambar-gambar selanjutnya dari susunan sesudah siap sehingga dari awal kerje-kerja bermula. Seluruh kediaman ini menggunakan khidmat ZALDECO sepenuhnya seperti pemasangan lantai kayu lamina, kerja-kerja wiring, kerja-kerja mengecat, pemasangan wardrobe, pemasangan cermin besar pada dinding, langsir custome made, teknik lampu, plaster siling dan l-box, hiasan dekorasi, kabinet dapur, rekaan bilik air dan sebagainya lagi.


Kerja-kerja dilakukan dengan penuh teliti bagi memastikan hasil yang memuaskan. Pemasangan wardrobe besar pada bahagian bilik tidur dengan keseluruhan pintunya adalah cermin adalah bagi menghasilkan ilusi ruang yang lebih luas.


Rekaan ringkas plaster siling dan l-box menepati ruang yang terhad ini agar hiasan siling tidak terlalu sarat dan kelihatan berlebihan.


Pengalaman luas ZALDECO bersama pereka dalaman terkenal Faizal Zain sering menampilkan rekaan hiasan dalaman yang memukau mata memandang. Lihat dan bandingkanlah ruang ini sebelum dan selepas mendapat hasil sentuhan kami.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Vista Alam, Shah Alam - Ruang Dapur


Untuk ruang dapur yang terhad buat kediaman soho ini pula pereka dalaman Faizal Zain menggunakan kemasan warna hijau muda bagi menghasilkan suasana segar dan terang sekaligus dapat menjadikan ruang kelihatan lebih besar.


Segala ruang yang ada digunakan sepenuhnya untuk rekaan kabinet dapur jenis memanjang ini agar setiap inci ruang yang ada dapat memberikan manafaat dan tiada pembaziran ruang yang berlaku.


Rekaan ringkas ini walaupun terletak pada ruang yang sempit, ianya kelihatan amat praktikal dan cukup selesa sekali saat melakukan aktiviti memasak di dapur. Inilah keseluruhan sentuhan ZALDECO buat kediaman soho ini meliputi ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan juga dapur.

No comments:

Post a Comment