.

Pengikut Blog Zaldeco

ZALDECO INSPIRATIONS Kota Damansara Showroom


Lebih sedekad memberikan perkhidmatan dekorasi & renovasi kepada masyarakat, ZALDECO INSPIRATIONS kini sekali lagi mengorak langkah apabila membuka sebuah showroom baru demi menjanjikan lebih keselesaan kepada para pelanggan yang datang berkunjung. Terletak di Suite 8-1, Jalan Camar 4/2, Section 4, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor (Tel:019-735 3320), ZALDECO memilih lokasi di tengah-tengah kawasan perkhimatan, ini bagi memudahkan kami memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor dan sehingga ke Negeri Sembilan*


Showroom ini juga menempatkan sedikit sudut galeri yang mempamerkan pelbagai penglibatan dan kejayaan selebriti pereka dalaman kami, iaitu Faizal Zain dalam menerajui dunia rekaan dalaman dengan pengalamannya yang sudah melebihi dari sepuluh tahun. Telah menjadi host pelbagai rancangan, duta pelbagai barangan, kerjasama dengan syarikat-syarikat besar serta insitusi pengajian tinggi, Faizal Zain akan terus bersama anda dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan dekorasi bagi menjelmakan kediaman impian anda.


Showroom baru kami ini yang dihiaskan ringkas bagaikan sebuah ruang kediaman menempatkan pelbagai bahan pameran seperti set lengkap kabinet dapur yang termurah yang pernah ditawarkan, set wardrobe pasang siap, meja tulis pasang siap, kabinet tv pasang siap dan pelbagai lagi.


Di sini juga dipamerkan pelbagai sumber bahan mentah dalam penghasilan sesebuah sentuhan dekorasi dan renovasi termasuk pilihan lantai kayu lamina, pilihan permaidani, pilihan langsir dan fabrik sofa, pilihan wallpaper, pilihan kertas dinding, pilihan pelbagai warna cat dinding, pilihan bahan asas kabinet dapur dan wardrobe serta pelbagai lagi.


Kini para pelanggan yang ingin berkunjung ke showroom ZALDECO, boleh berurusan terus dengan selebriti pereka dalaman Faizal Zain agar anda mendapat maklumat yang lebih dekat dan penerangan serta cetusan idea dari seorang pereka dalaman yang berpengalaman luas di dalam industri, berbanding sebelum ini apabila pelanggan lebih banyak berurusan dengan pekerjanya sahaja. Berhasrat untuk berkunjung ke showroom kami anda bolehlah membuat temujanji melalui telefon, sms ataupun aplikasi wassap terus ke talian: 019-7353320.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ZALDECO SHOWROOM (lama)

ZALDECO SHOWROOM kini sudah dibuka kepada umum, setelah berpindah dari lokasi lama ke lokasi baru yang terletak di Kota Damansara. Menawarkan ruang yang lebih selesa dan tenang untuk kunjungan pelanggan. Suasana showroom dihias seperti suasana sebuah kediaman agar setiap pelanggan yang datang merasakan seolah-olah berada di kediaman sendiri.


Berada di The Core Sunsuria, No.16-1, Jalan Teknologi 3/6C Taman Sains Selangor, Kota Damansara, 47810 Selangor. Pusat perniagaan yang berhadapan dengan Uptown Kota Damansara, di sinilah ZALDECO INSPIRATIONS beroperasi. Menawarkan pelbagai khidmat dekorasi dan renovasi kepada para pelanggan dengan harga berpatutan, bersamaan motto kami, 'Low Budget, Big Ideas'.


Diasaskan oleh selebriti pereka dalaman terkenal tanah air iaitu FAIZAL ZAIN, diusahakan bersama rakan kongsi menghasilkan sebuah 'One Stop Center' untuk mencipta keindahan terhadap kediaman. Di ZALDECO SHOWROOM Kota Damansara pelbagai bahan dipamerkan untuk dilihat, disentuh dan dirasai oleh para pelanggan. Manakala ZALDECO MANUFACTURING yang berlokasi di Jalan Kebun, Klang pula menjadi tempat penghasilan segala tempahan pelanggan.


ZALDECO INSPIRATIONS telah beroperasi sejak sekian lama, sudah menghiasi lebih 5000 kediaman pelanggan. Melalui laman blog ini anda boleh melihat antara hasil-hasil kerja yang telah kami lakukan, juga boleh melihat di laman Facebook kami dengan kata carian ZALDECO INSPIRATIONS.


Selebriti pereka dalaman terkenal FAIZAL ZAIN sudah berada di dalam industri ini sejak sekian lama dan berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang dekorasi dan renovasi. Sering menghiasi dada akhbar dan majalah serta mengacarakan banyak program tv berkaitan dekorasi, sentuhan magisnya sering menjadi perhatian ramai.


Pelanggan boleh datang berbincang dan mendapat konsultasi dengan mengunjungi ZALDECO SHOWROOM. Kepada mereka yang ingin datang boleh membuat temujanji dengan menghubungi talian 019-735 3320. Showroom akan dibuka dengan temujanji termasuk pada hari cuti umum.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

ZALDECO MANUFACTURING

ZALDECO MANUFACTURING pula menempatkan mesin-mesin dan ruang pekerjaan bagi para pekerja ZALDECO menghasilkan sesuatu tempahan. Ramai yang bertanya mengapa ZALDECO sering menawarkan harga murah berbanding harga pasaran...nah inilah jawapannya...kerana ZALDECO menghasilkan sendiri sesuatu tempahan itu dengan bahan mentah kami sendiri di kilang kami senidiri.


Rutin harian pereka dalaman Faizal Zain teramat sibuk bermula sejak dari awal pagi lagi, selepas berada di ZALDECO SHOWROOM, Faizal Zain selalunya akan mengambil sedikit masa mengemaskini email-email pelanggan yang dikirimkan, purata kami menerima dari 100 hingga 200 email sehari, tidak hairanlah kami memerlukan sedikit masa untuk membalasnya. Setelah itu, Faizal akan menyiapkan penulisannya untuk pelbagai majalah dekorasi tempatan dan akhbar yang sering mahukan artikel sumbangan darinya.


Jadual padat pereka dalaman Faizal Zain tidak menghalang beliau untuk menjenguk ke bahagian kilang pembuatan. Faizal kerap turun ke 'gelanggang' bagi memastikan setiap kerja-kerja berjalan dengan rapi dan situasi bekerja berjalan dengan lancarnya.


Di sinilah tempat pereka dalaman Faizal Zain memberi pandangan dan memantau setiap rekaan dan tempahan pelanggan. Memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan menepati citarasa. Di bahagian kilang ini menempatkan pelbagai bahan mentah untuk pelbagai jenis pembuatan rekaan kami. Bertulang belakangkan antara 10 hingga 15 orang pekerja, kadang kala ianya masih kesuntukan masa memandangakan tempahan yang masuk setiap hari puratanya melebihi dari 30 tempahan untuk pelbagai barangan. Tidak hairanlah ada diantara pelanggan kami yang terpaksa menunggu sedikit lama, namun kami masih menjanjikan sentuhan yang terbaik. Terima kasih atas kesabaran anda.


Di ZALDECO MANUFACTURING juga menempatkan pelbagai peralatan yang canggih dalam industri pembuatan dan rekaan bahan-bahan hiasan dalaman, tidak hairanlah sentuhan dan rekaan ZALDECO sering kehadapan dan seiring perubahan zaman. Dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih, namun ciri-ciri keselamatan juga sering kami ketengahkan baki kebajikan para pekerja.


Para pekerja kami terlatih dan mahir dalam bidang-bidang sendiri, melakukan kerja-kerja dengan penuh dedikasi dan tulus, bagi memastikan tempahan pelanggan dapat disiapkan dengan sempurna. Kehadiran pereka dalaman Faizal Zain dalam pemantauan kerja-kerja juga membuatkan pembuatan berjalan lebih lancar. Namun ada masanya Faizal terpaksa memenuhi undangan pengambaran dan keluar daerah atas urusan perniagaan, tugas pantauan diambil alih oleh pembantunya.


ZALDECO INSPIRATIONS sudah sekian lamanya mendapat kepercayaan pelanggan, tempahan yang tidak pernah putus membuktikan perkhidmatan kami mendapat perhatian masyarakat. Berdiri di atas tema 'Small budget, big ideas' ZALDECO sedaya upaya ingin terus menjadi peneraju harga rendah dalam sentuhan dekoarsi kediaman.


Apa yang sering ditekankan oleh pemilik ZALDECO INSPIRATIONS, iaitu selebriti pereka dalaman Faizal Zain ialah, beliau mahu semua golongan dan lapisan masyarakat hari ini mampu memiliki sentuhan dekorasi kediaman, malah impiannya mahu menyaksikan semua golongan masyarakat mampu hidup dalam kediaman indah dan menawan terus menjadi pembakar semangatnya dalam memperjuangakan ZALDECO INSPIRATIONS, terima kasih atas sokongan anda semua!



ZALDECO INSPIRATIONS menawarkan khidmat:
Dekorasi & Renovasi
Kabinet Dapur
Wardrobe
Rack TV
Divider
Bar Counter
Wallpaper
Wallsticker
Glass Decoration Sticker
Pergola
Awning & Grill
Laminated Flooring
Carpet Flooring
Vinly Flooring
Painting
Plaster Ceiling
Makeover
Langsir & Blind
Gubahan Bunga & Hantaran
Set Buaian Berendui
Signboard & Signange
Stage Design
Celebrations Concept
Event Management
dan lain-lain lagi yang berkaitan. Telefon 019 - 735 3320 untuk temujanji dan lawatan ke showroom kami.

No comments:

Post a Comment