.

Pengikut Blog Zaldeco

Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO - Putrajaya


ZALDECO INSPIRATIONS masih terus membekalkan Pelekat Cermin Dekorasi sejak sedekad lalu dan masih menjadi pembekal tunggal terbesar dalam menawarkan pelbagai rekaan pelekat cermin bagi menaikkan mood dekorasi kediaman mahupun kedai-kedai anda.


Selain rekaan yang tersedia, ZALDECO juga menerima tempahan rekaan baru khususnya magi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan konsep tersendiri. Buat pelanggan kami yang mebgusahakan kedai cenderahati ini terus mendapatkan khidmat rekaan pereka dalaman terkenal, Faizal Zain bagi dekorasi pelekat cermin pada bahagia pintu utama kedai.


Rekaan dan cetusan idea Faizal Zain semestinya menepati citarasa pelanggan, akhirnya sebuah rekaan ringkas yang menterjemahkan kedai cenderahati itu sendiri di hasilkan dalam tulisan tangan bebas beserta ikon-ikon barangan.


Pelekat cermin kami bukan sahaja mengindahkan gaya cermin pintu mahupun tingkap anda, malah ianya kalis haba dan tahan retakan, jika mengalami kemalangan ataupun jenayah, cermin pintu dan tingkap anda yang dipecahkan tidak mudah berderai dan menampilkan ciri-ciri keselamatan.


Pelekat cermin berdekorasi ini merupakan salah satu cetusan idea pereka dalaman tempatan terawal dalam sentuhan dekoarsi Malaysia. Faizal Zain membawa masuk cetusan idea ini sejak sedekad yang lalu apabila melihat cetusan dekorasi dari negara barat.


Dapatkan pelbagai lagi pelekat cermin, lihat dan buat pilihan anda sendiri. Pelekat cermin dekorasi ZALDECO seharusnya anda miliki hari ini.

No comments:

Post a Comment