.

Pengikut Blog Zaldeco


To all clients, suppliers, workers & distributors, Happy Chinese New Year! Best wishes for your perfect health and lasting prosperity from ZALDECO INSPIRATIONS. 80 boxes of mandarin orange was distributed to selected person. Thanks for so many years together with ZALDECO. Shēngyì xīnglóng!




---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selebriti pereka dalaman terkenal tanah air kini telah dilantik sebagai duta dan ikon KOLEJ KOMUNITI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Lebih dari sedekad kredibiliti beliau dalam bidang rekaan dalaman akan dijadikan panduan untuk kolej melahirkan pelajar dan para pelapis bagi kesinambungan kejayaan yang dikecapi anak bumiputera ini. Kejayaan demi kejayaan diperolehi, sebagai pemenang anugerah, penulis akhbar No.1 Harian Metro, sebagai selebriti Talk Show PKNS (Karnival Perumahan) dan banyak lagi.


Selesai sudah majlis penuh gilang-gemilang 'Icon Talk' dan acara perlantikan selebriti pereka dalaman terkenal tanah air, iaitu Faizal Zain dari ZALDECO INSPIRATIONS sebagai duta dan ikon rasmi Kolej Komuniti Shah Alam.


Majlis dihadiri ramai tetamu kehormat dari Jabatan-jabatan Kerajaan dan dihadiri ratusan ibu-bapa dan para pelajar yang ingin mendekati selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain yang berkongsi kejayaan peribadi dan memberi panduan untuk menjadi pereka dalaman yang berjaya seperti beliau.


Dewan Anggerik bangunan UMNO Shah Alam yang dibanjiri orang ramai untuk mengikuti penjelasan lebih dekat bagaimana melahirkan seorang pereka dalaman yang berjaya membuatkan suasana dewan gamat hingga ramai yang tidak cukup tempat duduk. Namun bukanlah keselesaan yang dipentingkan oleh hadirin, sebaliknya ilmu dan pencerahan yang dikongsikan secara ekskusif oleh Faizal Zain yang menjadi matlamat utama kehadiran para tetamu.


Dengan menjadi Duta dan Ikon Kolej Komuniti, Faizal Zain berharap pihak kolej dan dirinya dapat melahirkan lebih banyak tenaga mahir dalam bidang rekaan dalaman bagi memenuhi kehendak kerjaya hari ini.


Faizal Zain juga akan mengadakan bengkel-bengkel khas bersama para pelajar bagi mendekatkan lagi diri beliau kepada para pelajar sekaligus membimbing agar pelajar benar-benar bersedia untuk berada di dalam bidang kerjaya yang sebenar.


Faizal Zain juga berharap dapat melahirkan lebih banyak pereka dalaman handalan bagi menjadi pelapis beliau di dalam meneruskan legasi rekaan dalaman tanah air untuk terus berada di mata dunia.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lembaran 2015 dibuka penuh meriahnya, bersama selebriti pereka dalaman Faizal Zain yang kini merupakan penulis tetap akhbar sensasi Harian Metro. Dapatkan naskah Harian Metro setiap Sabtu bersama satu muka surat penuh ruangan yang dikelolakan oleh Faizal Zain... 'INSPIRASI DEKO'.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment