.

Pengikut Blog Zaldeco

Dikesempatan ini pihak ZALDECO INSPIRATIONS ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga adik Nur Syifa Maisarah yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 8 Februari 2015. Adik Nur Syifa Maisarah yang menderita Rate Syndrome telah mencuri perhatian selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain lantas menubuhkan satu tabung kutipan derma khas buat insan istimewa ini pada tahun 2012 bagi meringankan sedikit bebanan ahli keluarganya dan membantu dalam kos penjagaannya. Namun Allah lebih menyayangi adik Maisarah dan dia lebih sempurna di sisi yang Maha Esa. Al-Fatihah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

SOROTAN ARTIKEL TAHUN 2012

Faizal Zain 'Charity Icon' - Tabung Sayang MAISARAH


Alhamdulillah, tempoh hari selebriti pereka dalaman Faizal Zain tampil ke pejabat kutipan, menerima mock-up cek derma 'SAYANG MAISARAH' yang berlansung sejak September 2012 tahun lalu. Tabung ini ditubuhkan oleh ZALDECO bagi memberi sedikit sumbangan buat adik Nur Syifa Maisarah, berusia 4 tahun yang menderita Rate Syndrome. Kutipan ini adalah pemberian dari seluruh pelanggan ZALDECO apabila RM20 dari kos renovasi & dekorasi telah didermakan terus ke tabung ini. Semoga dengan sumbangan ikhlas anda, bakal menjadi suatu rahmat di akhirat kelak. Secara peribadinya, jutaan terima kasih kepada semua pelanggan ZALDECO dan para dermawan yang terlibat. Sesungguhnya tiada manusia yang di lahirkan sempurna. Selebriti pereka dalaman Faizal Zain akan memulakan tabung kutipan derma buat insan istimewa seterusnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------



Selebriti pereka dalaman Faizal Zain terus dilihat sebagai 'Charity Icon' apabila sering bekerjasama dengan pelbagai badan kebajikan dan tabung-tabung bantuan buat golongan yang perlu diberi perhatian.

Selesai sudah program kutipan amal Lambaian Syawal tempoh hari, terbaru beliau dipertanggungjawabkan menggalas tugas tabung sumbangan ikhlas kanak-kanak istimewa bernama Nur Syifa Maisarah, berusia 4 tahun yang menderita Rate Syndrome.

Si manja kecil ini menderita akibat otak yang semakin mengecil, pembesaran terbantut dan memerlukan penjagaan rapi sepenuhnya. Beliau juga yang memerlukan belakan terus menerus lampin pakai buang jenama Baby Like Super Extra amat memerlukan sumbangan ikhlas dari semua.

Bermula dari 25 September 2012 sehingga 31 Disember 2012, setiap bayaran dari pelanggan ZALDECO, RM20 akan disumbangkan untuk tabung yang diberi nama 'Sayang Maisarah'.

Sumbangan peribadi juga boleh terus disalurkan kepada akaun semasa Ambank ZALDECO (075-202-200406-6). Disamping kita sibuk mengindahkan dekorasi kediaman dapatlah juga kita memberikan sedikit sumbangan buat insan tersayang ini.

Moga jasa anda dibalas penuh kerahmatan dan keberkatan.

No comments:

Post a Comment