.

Pengikut Blog Zaldeco

Gabungan Ideal 2 Generasi



Gabungan Ideal 2 Generasi

Memiliki pengaruh besar dalam dunia rekaan dalaman tempatan, Faizal Zain kini memulakan langkahnya sebagai penyanyi. Telah melahirkan 4 buah single sejak tahun lalu bersama sebuah EP Nasyid 'Tiada Yang Kekal' kini beliau muncul bersama single terbaru berjudul 'Tenggelam Timbul' bersama Jaafar Onn.

Selebriti chef, pelakon, pelawak, penyanyi, duta terkenal dan namakan apa sahaja gelaran, itulah hakikatnya insan yang bernama Jaafar Onn. Lebih 2 dekad bergelumang dalam dunia seni, nama Jaafar Onn begitu sinonim dan tidak pernah tenggelam oleh publisiti.

Lagu 'Tenggelam Timbul' yang mempertemukan 2 artis ini ternyata menjadi formula menarik apabila artis dari 2 generasi digabungkan bersama dalam sebuah lagu. Lagu ini juga dikatakan bakal mengulangi zaman kegemilangan 'Cili Padi' - Jaafar Onn.

Jaafar Onn beri nasihat dalam lagu.

Menghayati bait ayat di dalam lirik lagu 'Tenggelam Timbul' ternyata ianya menggambarkan sebuah nasihat berguna seorang insan seni vateran kepada seorang insan seni yang masih baru. Simbolik lagu ini yang dipenuhi kata-kata semangat dan bersulam pepatah melayu lama membuatkan ianya suatu naskah terbaik dari Jaafar Onn.

Promosi hingga Singapura.

Lagu 'Tenggelam Timbul' yang sudah berkumandang di corong-corong radio juga mendapat respon yang baik dari laman youtube setelah dimuat naik untuk didengari. Faizal Zain dan Jaafar Onn juga bakal membuat promosi besar-besaran untuk lagu ini yang dijangka menembusi pasaran hingga ke Singapura.

Laluan mudah dunia sesi.

Bercerita mengenai Faizal Zain, beliau dilihat melalui jalan mudah dalam industri seni suara tempatan apabila lagu demi lagu yang dihasilkannya sudah menjadi halua telinga pendengar. Masih meneruskan promosi single bersama Salwa Abd Rahman dengan lagu berjudul 'Yahanana - Murakkab Rinduan', Faizal bakal merakamkan beberapa lagi lagu untuk mengumpul lebih bahan bagi dimuatkan di dalam album penuhnya nanti.



Lagu 'Tenggelam Timbul' kini boleh didengari ramai lelaui laman Youtube dengan link: TENGGELAM TIMBUL


No comments:

Post a Comment