.

Pengikut Blog Zaldeco

Promosi Lagu Murakkab Rinduan (Yahanana)

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain yang juga merupakan pengasas ZALDECO INSPIRATIONS kini sibuk dalam rangka promosi single keduanya setelah bernaung di bawah label Jaafar Onn Productions sebagai artis rakaman. Jadual promosi yang diaturkan oleh Jaafar Onn agak padat bagi memastikan lagu Murakkab Rinduan (Yahanana) nyanyian Faizal Zain bersama artis terkenal Salwa Abd Rahman mendapat tempat di hati pendengar.

Lagu ini sudah mula berkumandang di corong-corong radio dan Faizal Zain juga sudah membuat banyak pertunjukkan pentas dalam sesi promosi lagu ini. Tidak lama lagi Faizal Zain akan muncul menerusi single ketiganya berjudul Tenggelam Timbul. Faizal Zain kini sibuk menjelajah ke konti-konti radio dan muncul dalam pelbagai rancangan di stesen tv bagi memenuhi undangan dan jemputan.


No comments:

Post a Comment