.

Pengikut Blog Zaldeco

Faizal Zain Bersama Nana AF Dalam Rancangan Baby Boo - Astro Ria


Memiliki pengaruh yang besar dalam dunia rekaan dalaman, nama Faizal Zain bukan lagi asing malah pereka dalaman popular ini sering menjadi pilihan para penerbit & pengarah untuk menghasilkan rancangan bertemakan dekorasi kediaman. Rancangan-demi rancangan telah dihoskan oleh Faizal Zain, kini terbaru beliau sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah rancangan realiti yang berjudul Baby Boo, yang bakal bersiaran jam 7.30 malam bermula 22 Disember 2013 di saluran Astro Ria.


Menariknya kali ini, sentuhan magis Faizal Zain bakal memperlihatkan kebolehan beliau mencipta kecerian buat bilik bayi dan kanak-kanak. Artis yang menjayakan rancngan ini bersama beliau adalah Dj radio terkenal iaitu Nana AF.


Nana yang sarat mengandung ketika pengamaran ini berlangsung, bakal melahirkan anak kedua iaitu seorang bayi lelaki. Anak pertama Nana, seorang perempuan bakal berkongsi bilik tidur bersama adiknya nanti. Jadi tugasan digalaskan ke bahu Faizal Zain bagi mencipta satu sentuhan baru buat bilik tidur kanak-kanak ini.


Sentuhan Faizal Zain sememangnya telah terkenal dengan rekaan yang sering mengejutkan, tidak hairanlah beliau yang begitu mahir dalam pelbagai konsep rekaan dalaman, kelihatan begitu bersahaja dan mudah untuk menghasilkan satu sentuhan ceria untuk bilik kanak-kanak.


Kemahiran dan pengalaman yang utuh di dalam diri pereka dalaman ini membuatkan sentuhannya sering didambakan di dalam pelbagai rancangan dekorasi. Faizal Zain yang kini sarat dengan pelbagai jadual pengambaran masih tetap memberi komeitmen sepenuhnya buat sesuatu rancangan yang diacarakannya.


Serba sedikit dipaparkan kepada anda kerja-kerja di belakang tabir semasa proses pengambaran rancangan Baby Boo ini. Kepada mereka yang mempunyai impian untuk mendekorasi bilik anak-anak anda supaya tampil lebih menyerlah dan ceria, jangan lupa menghubungi kami di ZALDECO INSPIRATIONS.



Jadi jangan lupa menonton rancangan Baby Boo yang akan mula bersiaran 22 Desember 2013 ini, setiap jam 7.30 malam di Astro Ria, dan saksikan slot ini pada episod yang ke-7.

No comments:

Post a Comment