.

Pengikut Blog Zaldeco

Faizal Zain 'Talk Show' Di Karnival PKNS 2013 - SACC Mall Shah Alam


Bertempat di Karnival PKNS 2013 di SACC Mall, Shah Alam, telah berlangsung sebuah 'talk show' yang dihoskan oleh selebriti pereka dalaman popular, Faizal Zain. Faizal Zain telah dipilih sebagai ikon jualan dalam Karnival PKNS pada tahun ini. Faizal Zain dilihat mempunyai pengaruh yang besar di dalam dunia rekaan dan perumahan membuatkan beliau diberi kepercayaan mengendalikan persembahan pentas selama hampir 3 jam tanpa henti dalam karnival yang berlangsung dn menarik orang ramai untuk memenuhi ruang Karnival PKNS ini.


Dihadiri lebih ratusan pengunjung yang membanjiri ruang pameran SACC Mall yang rata-ratanya hadir untuk mendengar 'talk show' oleh Faizal Zain selain mengunjungi karnival perumahan yang telah disediakan oleh pihak PKNS.


Pelbagai jenis rumah yang ditawarkan pada karnival ini adalah dari pemaju PKNS, yang menawarkan kediaman lebih selesa dan rekaan yang menawan. Pengunjung juga bebas bertanya mengenai pelbagai proses jual beli kepada kakitangan PKNS yang bertugas pada karnival itu.


Faizal Zain yang sibuk memberi 'talk show' di atas pentas, sesekali dilihat diserbu pengunjung saat turun dari pentas untuk berehat seketika. Namun peluang itu diambil oleh rata-rata pengunjung untuk bertanya dengan lebih dekat lagi pelbagai soalan mengenai hiasan dalaman kepada Faizal Zain. Walaupun agak penat, Faizal tetap memenuhi setiap prtanyaan dan ramai juga yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Faizal Zain.


Pada karnival itu juga, ZALDECO membawakan pelbagai sample item hiasan dalaman seperti wallpaper, laminate floor, kabinet dapur dan pelbagai lagi. Malah pada hari itu juga ZALDECO menawarkan pelbagai promosi kepada pengunjung yang hadir. Talk show berakhir tepat jam 7 malam dan gamat atas sambutan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment