.

Pengikut Blog Zaldeco

Majlis Amal Berbuka Puasa Yayasan Siti Khadijah


Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain juga tidak mahu melepasakan kesempatan dalam melakukan sedikit sedekah untuk keberkatan sepanjang bulan ramadan 2013 ini. Bertempat di Yayasan Siti Khadijah, Kota Damansara, satu majlis amal berbuka puasa dianjurkan oleh ZALDECO INSPIRATIONS yang turut dihadiri kakitangan, keluarga terdekat dan para wartawan.


Yayasan Siti hadijah menempatkan hampir 50 kanak-kanak yang rata-ratanya tergolong dalam golongn miskin, kurang berkemampuan dan anak yatim piatu. Kesemua kanak-kanak ini merupakan ahli tahfiz dan pengajaran berunsurkan Islam diterapkan sepenuhnya di sini.


Faizal Zain turut meluangkan masa dalam majlis ini, apabila bersama-sama semua penghuni Yayasan Siti Khadijah memeriahkan majlis yang bermula dengan tazkirah, berzanji dan zikir. Kemudian majlis berbuka puasa diteruskan selepas menunaikan solat magrib secara berjemaah.


Pelbagai hidangan menarik malam itu disediakan dan sedikit sumbangan duit raya turut diagih-agihkan. CD sinle lagu raya terbaru Faizal Zain duet bersama Rohana Jalil jug menjadi sumbangan kepada semua yang hadir.


Semoga dengan adanya majlis sebegini dapatlah kebahagian dan kegembiraan dikongsikan bersama-sama dengan semua penghuni Yayasan Siti Khadijah dan semoga Aidilfitri 2013 ini lebih bermakna buat mereka.

No comments:

Post a Comment