.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya

Sejak memulakan operasi sehingga kini ZALDECO terus berdiri kukuh dan di antara syarikat No.1 dalam pembekalan dan pemasangan lantai kayu lamina. Tidak hairanlah sehingga kini kami telah memasangnya di ratusan kediaman dan syarikat-syarikat korporat. Di laman blog ini hanya sebahagian sahaja gambar kerja-kerja pemasangan dapat dikongsikan bersama kerana dalam satu hari kerja-kerja pemasangan selalunya berlaku pada 3...dan 4 tempat sekali gus, jadi kami tidak punya kesempatan untuk menggumpul kesemua gambar-gambar dan ada di antaranya tidak dipaparkan di laman blog ini di atas permintaan pelanggan sendiri.


Selain dari lantai kayu lamina, apa yang perlu anda titik beratkan adalah teknik pemasangannya. Jangan terlalu memikirkan harga lantai kayu lamina yang murah sehingga mengabaikan pemasangannya. Memilih kru pemasangan yang tepat dapat membuahkan hasil yang sempurna. Tidak guna membeli lantai kayu lamina pada harga murah, tetapi teknik pemasangannya kurang sempurna.


ZALDECO sudah jauh berpengalaman dalam pemasangan lantai kayu lamina dengan teknik-tenik yang betul dan alat-alatan yang lengkap. Memonopoli perniagaan lantai kayu lamina di tanah air pada awalnya membuatkan kepercayaan pelanggan terhadap kami masih berada dalam reputasi yang cukup baik.


Untuk pelanggan di Taman Pinggiran Cyber ini, pemasangan lantai kayu lamina sudah tentunya menghasilkan suasana yang lebih menarik, memilih dari dua warna dan corak berbeza dapat mencipta kelainan mood untuk setiap ruang.


Koleksi lantai kayu lamina ZALDECO hadir dalam pelbagai koleksi warna dan corak, mudah disuaipadankan dengan citarasa anda. Memiliki keistimewaannya yang tersendiri kediaman dengan lantai kayu lamina kelihatan lebih glamor dan jauh lebih menarik.

1 comment:

Siti Khadijah said...

bagaimana boleh sy dptkan sebut harga untuk pemasangan lantai kayu ini??terima kasih

Post a Comment