.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur Di Zamrud Apartment, Klang Lama


Buat pelanggan yang menetap di Zamrud Apartment ini, pereka dalaman Faizal Zain melahirkan ilham ringkas tetapi mewah buat dua bahagian dinding yang terletak di ruang dapur ini. Dapur yang agak luas tidak membataskan rekaan, jadi ruang yang ada digunakan sebaiknya.


Masih memilih milamin sebagai medium utama kabinet dapur ini, hasil rekaan ringkas namun dilengkapi pelbagai aksesori termasuk 'soft close', di mana dengan menggunakan aksesori ini pintu kabinet anda tidak mudah terhempas malah dapat tertutup dengan lembut dan perlahan.


Gabungan warna hitam dan putih menjadi pilihan bersesuaian dengan citarasa pelanggan yang mahukan ruang dapur kelihatan moden dan kotemporari.


Di bahagian dinding kedua, kabinet dengan tall unit dicipta bagi melengkapi ruang untuk diletakkan sebuah peti ais dari rona sedondon.


Lihatlah hasil sentuhan kami yang diyakini ramai pelanggan. ZALDECO sering membawakan rekaan ringkas dan mudah bagi kehidupan moden pada hari ini.


No comments:

Post a Comment