.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Flora Damansara


Lantai jenis tiles dan jubin kini semakin ditinggalkan, ramai yang sudah bijak memilih lantai jenis kayu lamina. Lantai jenis tiles kini mudah merekah dan pecah, malah amat berbahaya seolah menjadi perangkap kecederaan apa masalah seperti ini berlaku.

Kini banyak kediaman mengalami masalah retakan tiles, pelbagai kediaman sudah melaporkan kepada kami, dan semuanya mendapatkan jalan pintas yang lebih fleksibel apabial memilih lantai jenis kayu lamina dari ZALDECO, seperti juga pelanggan kami dari Flora Damansara ini.


Dalam waktu yang singkat teknik pembaik pulih dilakukan oleh kru ZALDECO, foaming di lapik terlebih dahulu, kemudian kerja-kerja pemasangan lantai kayu lamina pun bermula. Dapatkan tenaga mahir pemasangan lantai kayu lamina dari ZALDECO agar masalah anda mudah selesai.


Buat ruang tamu, pilihan kayu bercorak dari rona lebih terang diaplikasikan. Segala kerosakan lantai jubin kini tidak lagi kelihatan. Segalanya telah berubah...kini kediaman tampil lebih menawan dengan kehadiran lantai kayu lamina ZALDECO.



Buat lantai di dalam bilik tidur pula, warna yang lebih gelap diberi. Pilihan ini menjadikan bilik tidur lebih suram dan sejuk. Melahirkan suasana yang lebih menenangkan sesuai sebagai tempat untuk beradu.

No comments:

Post a Comment