.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Taman Puncak Jalil


Lantai jenis kayu sememangnya telah lama menjadi pilihan dalam kemasan lantai kediaman. Dari zaman-zaman dahulu lantai kayu jenis 'parket' telah banyak menghiasi pelbagai jenis kediaman di negara ini. Namun seiring perubahan masa, lantai jenis ini semakin ditinggalkan. Kerana faktor tahap ketahanannya yang rendah dan kerumitan pemasangannya, ramai yang sudah beralih kepada lantai jenis kayu lamina.


Istimewanya lantai kayu lamina yang menjengah pasaran tempatan seawal tahun 2000, seiring tercetusnya ZALDECO INSPIRATIONS, maka pelbagai jenama lantai kayu lamina mula ditawarkan kepada pengguna.

ZALDECO antara pembekal dan pemasang lantai kayu lamina yang dikenali terus menerus menawarkan perkhidmatan ini berdasarkan kepakaran kami untuk pengguna-pengguna di luar sana.


Team pemasangan ZALDECO yang cekap selalunya hanya menggambil masa yang singkat dalam pemasangan lantai kayu lamina. Jadi anda lebih jimat masa dalam melalui proses pemasangannya.


Kini telah ramai yang bertukar kepada penggunaan lantai kayu lamina. Bukan sahaja menjimatkan masa, malah kesannya yang cukup selesa, hadir dalam pelbagai corak dan aksesori membuatkan lantai kayu lamina kelihatan cukup istimewa dan dapat menaiktaraf kediaman begitu mudah.


Lihatlah transformasi kediaman yang terletak di Taman Puncak Jalil ini, dalam masa beberapa jam sahaja perubahannya amat ketara. Anda juga harus membuat pilihan yang bijak!


No comments:

Post a Comment