.

Pengikut Blog Zaldeco



Selebriti pereka dalaman Faizal Zain masih terus sibuk dengan jadual penggambaran rancangan Nuansa Aidilfitri 2013 yang bakal bersiaran di RTM dan Astro Ramadhan 2013 ini nanti. Kunjungan dari rumah ke rumah pelanggan yang bertuah untuk mendapat sentuhan dekorasi secara percuma.

------------------------------------------------------------------


Kembara selebriti pereka dalaman dari rumah ke rumah masih berterusan dalam menghasilkan cetusan rekaan dalaman yang istimewa buat pemilik yang bertuah. Segalanya di dalam rancangan Nuansa Aidilfitri 2013 yang bakal bersiaran di kaca tv anda nanti.


Buat setiap kediaman Faizal menjanjikan rekaan yang berlainan dan pelbagai, agar ianya dapat menjadi panduan yang amat berguna buat para penonton untuk mencetuskan ilham kediaman yang menarik.


Buat kediaman ini, Faizal Zain mencetuskan rekaan 'simple & glamour' menepati citarasa si pemilik yang telah sekian lama mengimpikan kediaman sedemikian rupa.


Cetusan Faizal sentiasa segar dan sering mencipta suasana yang memukau. Bersandarkan pengetahuan luas di dalam bidang rekaan dalaman, Faizal sentiasa mahu berkongsi citarasa dan idea bersama masyarakat.


Aura suram dan keemasan yang digabungkan Faizal kelihatan amat berjaya membangkitkan kelainan dari keadaan asalnya. Tidak hairanlah mengapa Faizal sering dirujuk dan sering menjadi pengulas pelbagai majalah dekorasi tempatan berkenaan pelbagai sentuhan dekorasi.


Berehat sejenak setelah seharin penat menjalani penggambaran, di wajah Faizal terpancar rasa puas, dapat menzahirkan rekaan istimewa untuk pemilik kediaman ini. Jadi masih banyak lagi babak-babak menarik yang harus anda tontoni. Jangan lupa!


------------------------------------------------------------------

Penggambaran seterusnya berlangsung di sebuah kediaman teres di Cheras. Kali ini pereka dalaman Faizal Zain mencetuskan idea dekorasi ruang halaman atau anjung rumah.

Suasana penggambaran berlangsung sempurna dengan kerjasama tenaga kru dan semua yang terlibat. Buat ruang di hadapan rumah ini Faizal Zain mencipta sebuah ruang santai bertema kan Ala Nusantara.

Dari sebuah ruang yang hambar, Faizal cuba membawa kelaianan dengan menerapkan unsur-unsur tradisional dan cetusan umpama kampung.

Banyak lagi yang harus anda tontoni sebenarnya, jadi jangan lupa bersama rancangan Nuansa Aidilfitri 2013 nanti. Faizal Zain akan berkonsgi pelbagai cetusan idea untuk pelbagai ruang. Ianya satu ilmu yang amat berguna buat penonton semua.

Lihatlah hasil transformasi yang telah dilakukan oleh selebriti pereka dalaman Faizal Zain buat kediaman pelanggan yang bertuah ini.











------------------------------------------------------------------

Di sini dipaparkan sedikit situasi disebalik tabir pengambaran Nuansa Aidilfitri 2013, di mana selebriti pereka dalaman Faizal Zain sibuk mencetuskan sentuhan dekorasi buat kediaman peserta yang terpilih.

Persiapan sedang dilakukan untuk memulakan pengambaran.


Cat dinding tajaan Jotun dan wallpaper tajaan Lamex...wow...



Faizal Zain menghasilkan sentuhan dengan rona warna hangat bertenaga.




Siap sepenuhnya...so boleh rilex sekejap setelah keletihan.

Macam mana, pastinya anda teruja bukan, tunggu rancangan ini nanti di kaca TV anda!

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home