.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Gempak Aidilfitri 2013

Inginkan dekorasi kediaman anda ditaja percuma sepenuhnya?...teruskan membaca...

Adakah anda mengimpikan kediaman anda mendapat sentuhan pereka dalaman popular dengan kos percuma, begitu juga apabila mendapat tajaan kertas dinding percuma, lampu, cat dinding, perabot, dekorasi dan pelbagai lagi dengan percuma? nah...inilah masanya...selain mendapat segalanya percuma, kediaman dan anda juga bakal bersiaran bersama kami di kaca tv dalam rancangan GEMPAK AIDILFITRI 2013.



Bermula Januari hingga Mac ini, selebriti pereka dalaman popular Faizal Zain akan mengacarakan sebuah rancangan dekorasi bersama pereka dalaman Dean Daud. Kami akan membuat sentuhan dekorasi ke atas kediaman yang terpilih.

GEMPAk AIDILFITRI 2013 adalah rancangan dekorasi terbaru yang padat dengan tip dekorasi kediaman, ilham busana glamor, manisan dan resepi-resepi lazat serta info-info berkenaan Ramadhan dan Aidilfitri yang akan bersiaran sepanjan Ramadhan 2013 akan datang dan boleh ditontoni di RTM1 dan saluran ASTRO 180.

Peluang juga terbuka untuk semua apabila kediaman anda mungkin terpilih menyertai rancangan ini dengan hanya ‘LIKE’ facebook (GEMPAK AIDILFITRI 2013 TV SHOW) - http://www.facebook.com/pages/Gempak-Aidilfitri-2013/457773457605020?fref=ts dan juga 'LIKE' facebook (ZALDECO) - http://www.facebook.com/pages/Zaldeco-Inspirations/196032223793695?ref=stream lalu upload kan gambar rumah anda.

Nah...bayangkan anda bakal memiliki lantai kayu lamina, lampu-lampu hiasan, sofa baru, katil baru, wallpaper dan sebagainya secara percuma...dan yang paling penting kediaman anda bakal berubah dengan sentuhan pereka dalaman FAIZAL ZAIN & DEAN DAUD!

Hadiah lumayan juga menanti para penonton untuk kuiz rancangan ini....jom...apa lagi tunggu?

2 comments:

joijoi80 said...

huhu rumah tgh bina lg... bln 7 baru siap ...cf pun blum kuar lg time tuh

Syahirah Aisyah said...

sekarang leh apply lagi ke?

Post a Comment