.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Sek.19 Shah Alam, Komuter Raya Apartment






Untuk sekian kalinya ZALDECO dirujuk buat kediaman yang mengalami keretakan lantai jenis tiles. Tahukah anda lantai jenis tiles mudah merekah dan retak dengan pelbagai sebab. Tiada jalan untuk menyelamatkan lantai jenis ini melainkan ditukar kepada laminate floor. Dalam hanya beberapa jam sahaja seluruh rumah yang rosak teruk ini kembali menyerlah dengan lantai kayu lamina ZALDECO. Kepakaran team kami menutupi kerosakan lantai sememangnya dipercayai.






ZALDECO sudah banyak kali dihubungi pelanggan bagi menutupi kerosakan lantai jenis tiles atau pun jubin apabila kerosakkan seperti rekahan dan retakan berlaku. Jadi ianya bukanlah asing bagi kami dalam menanggani masalah sedemikian.






Kerosakkan seperti ini haruslah diatasi dengan segera karana rekahannya akan semakin merebak ke ruang-ruang yang lain, malah ianya juga mengundang kecelakaan kerana tiles yang pecah mempunyia bucu-bucu dan permukaan yang tajam yang dapat mencederakan kaki jika terpijak.






ZALDECO sememangnya mempunyai kepakaran memasang lantai kayu lamina dalam apa jua jenis permukaan sekali pun. Dan perkhidmatan kami yang dipercayai membuatkan kami terus menggungguli pemasangan lantai kayu lamina dengan kepakaran terbaik.




Lihat lah hasil kediaman ini yang lantainya rosak teruk, tetapi hanya dalam beberapa jam sahaja kembali menyerlah dengan lantai kayu lamina dari ZALDECO INSPIRATIONS.



No comments:

Post a Comment