.

Pengikut Blog Zaldeco

Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO (Koleksi)

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT KOLEKSI PEMASANGAN DEKORASI PELEKAT CERMIN

---------------------------------------------------------------------------------------------------

ZALDECO kini membawakan koleksi-koleksi terbaru pelekat cermin dekorasi untuk tingkap mahupun pintu kaca. 4 siri terbaru kami adalah siri CINTA HATI, FLORARINA, GLAMOR dan TITIS. Rekaan-rekaan istimewa ini sudah boleh anda dapatkan. Hiasilah tingkap dan pintu kaca anda dengan gaya terkini. Hanya ZALDECO sahaja yang menawarkannya!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI GLAMOR


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI CINTA HATI


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI FLORARINA


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI TITIS


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI SENARIO

Siri SENARIO membawakan pelbagai koleksi senario semasa pusat bandar. Adaptasikannya pada cermin mahupun pintu kaca anda, anda akan merasai seolah-olah memilik kediaman di tengah-tengah bandaraya. Cukup sesuai bagi mereka yang memilih tema urban, kotemporari dan moden.




Salah satu ruang tamu yang telah mendapatkan sentuhan dekorasi pelekat cermin dari siri Senario. Aura kediaman tampil lebih hebat, kediaman terasa seolah-olah berada di tengah-tengah pusat bandar. Menarik bukan?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI KLASIK

Siri KLASIK sesuai bagi mereka yang berjiwa halus. Tampil penuh retro bersuntik elemen moden, serlahkan cermin tingkap dan pintu anda dengan pilihan corak-corak ini dan rasailah perbezaan auranya.




Pemilik kediaman ini telah memilih pelekat cermin dari siri KLASIK. Tampak lebih elegen dan mempersona.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI HIP

Koleksi ini bertepatan bagi mereka yang berjiwa moden. Dalam kehidupan urban, sentuhan berelemen kotemporari sering mendapat perhatian. Pilihlah sahaja pelekat dari koleksi ini untuk kediaman moden anda.




Kediaman ini memilih pelekat cermin dari siri HIP. Kesan retakan dan rekahan sungguh kelihatan hidup. Ramai yang pasti tidak mempercayai bahawa ianya hanyalah dekorasi pelekat cermin. Cubalah!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI GEOMETRIKA

Pilihan ini berlandaskan hukum geometri. Tampil penuh ringkas tetapi masih sarat denan elemen seni.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI DAMAI

Koleksi ini cukup istimewa. Sesuai bagi mereka yang menginginkan suasana penuh kedamaian. Dari pilihan suasana persekitaran yang menyejukkan mata, anda akan berasa seolah-olah memiliki kediaman berpesekitaran penuh dengan ketenangan.










Pelanggan kami di Wangsamas Kondominium ini memilih dari corak rintik hujan untuk dekorasi cermin bilik tidurnya. Kesan khas pelekat cemin ini benar-benar memperlihatkan seakan-akan suasana selepas hujan. Amat menyejukkan mata dan mendamaikan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI CERIA

Terdapat pelbagai pilihan menarik untuk cermin-cermin bilik kanak-kanak. Adaptasikannya pada cermin bilik anak-anak anda pasti suasa menjadi lebih ceria dan penuh keriangan. Terdapat pilihan untuk bilik kanak-kanak lelaki dan perempuan.










--------------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI BUNGA

Bagi mereka yang meminati bunga-bungaan, di sini kami bawakan dekorasi pelekat cermin bermotifkan gambar bunga-bunga segar yang cukup menarik. Pasti membangkitkan lagi aura kediaman anda bersama pelekat cermin dari koleksi penuh segar ini.




Pemilik kondominium di Shah Alam ini memilih corak dari siri BUNGA untuk memenuhi seluruh ruang cermin yang terdapat di kediamannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SIRI ANGGUN

Tampil berseri dengan pelbagai corak dalam siri ini, semestinya cermin kediaman anda akan kelihatan lebih anggun dan mudah menaikkan 'mood'. terdapat pelbagai warna mudah untuk disuaipadankan dengan apa jua tema kediaman anda. Cukup universal, pelbagai corak yang ada boleh sahaja digunakan untuk cermin di mana-mana sahaja di dalam kediaman anda.




Pemilik kediaman ini memilih pelekat cermin dari siri ANGGUN untuk ditampal pada cermin di bilik mandinya. Agar ianya lebih redup dan terlindung dari tinjauan.



Saban hari dunia dekorasi terus menuju ke hadapan. Dengan itu juga ZALDECO terus bertungkus lumus bagi memastikan kami juga dapat membawakan sentuhan-sentuhan dekorasi terkini kepada anda. Mahu terus menjadi perintis dalam khidmat-khidmat terkini, nah... kini ZALDECO tampil dengan satu cetusan idea baru untuk mendekorasi bahagian cermin tingkap mahupun cermin pintu anda. Tidak kira di mana jua, yang perlu adalah permukaan itu mestilah berasaskan kaca ataupun campuran plastik dan gentian kaca. Terdapat dalam jenis lutsinar mahupun jenis 'frost' ianya boleh juga didatangkan dalam 1 atau 2 lapisan. ZALDECO membawakan puluhan koleksi rekaan dan terbahagi kepada beberapa siri yang anda boleh milikinya dengan begitu mudah.


Sebelum dan selepas...

Ianya adalah sebagai satu alternatif kepada istilah ‘tinted’ yang telah lama muncul di dalam dunia dekorasi. Tetapi istilah ‘tinted’ itu kini diberi nafas baru oleh pereka dalaman, Faizal Zain dari ZALDECO INSPIRATIONS. Lapisan kalis panas dan haba ini bukan lagi didatangkan dalam rona warna polos seperti yang selalu diadaptasikan dalam dunia dekorasi yang telah berlalu. Kini lapisan kalis panas dan haba untuk cermin ini direkacipta dalam bentuk bercorak dan bergambar.



Selain menahan cahaya matahari dari terus menerjah ruang anda, ianya juga tampil sebagai satu sentuhan deko terbaik buat permukaan cermin. Terdapat pelbagai pilihan yang bersesuaian untuk tingkap bilik tidur, tingkap bilik mandi, tingkap bilik anak-anak, tingkap dapur mahupun pintu kaca ruang balkoni dan sebagainya.



Dengan sentuhan dekorasi bercorak pada cermin ini juga dapat menaikan mood yang begitu maksimum. ZALDECO berharap dengan pilihan-pilihan yang dipaparkan dapat menarik minat anda untuk memperolehinya. Hubungi kami hari ini untuk konsultasi dan pemasangan Dekorasi Pelekat Cermin ZALDECO. Rasailah perbezaannya!

Berikut adalah beberapa contoh sentuhan dekorasi pelekat cermin ZALDECO untuk tatapan anda:-


Pelekat gambar kapal terbang dan seterusnya pelakat gambar suasana salji.



Untuk cermin dapur dan juga pada cermin pintu gelongsor ruang balkoni.


Untuk pintu kaca pembahagi ruang dan untuk seluruh tingkap rumah.


Pilihan ceria buat bilik anak-anak.


Tingkap daput tampil lebih elegan dengan dekorasi pelekat cermin ZALDECO.


Aneka pilihan pelekat untuk pintu gelongsor balkoni.


Ruang bilik tampil lebih menarik.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

8 comments:

Anonymous said...

siri glamor 4 bpe hrga/m ye?

BuLaTcOmE said...

Very nice..boleh tak publishkan harga tak?

Ezywara said...

Tuan, saya berminat dengan siri damai-alir sungai untuk sliding door 2 panel. Size each panel 1.2mtr width x 2.4mtr height. Email saya harga dan pemasangan di ezywara@gmail.com. Azizi

Unknown said...

HI...SAYA BERMINAT NAK ORDER UTK CERMIN DAPUR SINKI 3 PANEL...BOLEH PM SAYA 0129037588

Unknown said...

Mcm mana nk oder ye...
Whatsapp saya 0194751040
Email sidirahman88@gmail.com

Roz dan Urutan Bersalin Warisan Bonda said...

aslkm...esok ada d showroom tak?...saya stay d Kota Damansara....

Unknown said...

Salam saudara mohon email harga segulung pelekat cermin untuk siri damai dan florarina

yatie said...

tinted ni.bila mlm.nampk.x?

Post a Comment