.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Wardrobe + Study Table di Selangor




Kali ini lebih istimewa apabila ZALDECO menggabungkan almari (wardrobe) dan juga meja (study table) bagi memenuhi ruang bilik pelanggan. Dua gabungan ini mendapat sentuhan pereka dalaman Faizal Zain yang sering mengetengahkan rekaan ringkas, moden tetapi menarik.




Gabungan ini jelas sekali menjimatkan ruang, Malah ruang sedia ada digunapakai sebaik mungkin. Satu garisan meja memanjang yang dapat menempatkan beberapa buah kerusi memudahkan anak-anak mengulangan kaji pelajaran atau menjadi sudut bacaan yang selesa.




Rekaan wardrobe juga berbeza kerana selain menjadi tempat menyimpan pakaian ianya juga mempunyai beberapa para agar dapat menjadi ruang simpanan untuk buku-buku ataupun bahan bacaan yang lain.




Warna walnut yang dipadankan menaikan aura rekaan. Tampil cukup ekslusif dan menyerlahkan dekorasi ruang bilik anda.

No comments:

Post a Comment