.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur di Serdang

Sememangnya kediaman hari ini sering tampil dengan keluasan dapur yang terhad. Selain mendapatkan sentuhan rekaan kabinet dapur yang minimum kadang-kala penambahan ruang terpaksa dilakukan jika anda mengimpikan rekaan yang lebih besar dan luas.



Jadi jika rekaan yang lebih maksimum bertembung dengan keluasan reuang yang terhad maka kerja-kerja pembukaan ruang akan dilakukan, seperti di kediaman pelanggan kami ini, ruang basahan di bahagian belakang dipecahkan agar ruang dapur yang terhad menjadi lebih luas sekali gus kabinet dapur yang besar dapat dimuatkan dengan sempurna.




Biasanya kerja-kerja penambahan ruang dilakukan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan kemasan atau 'touch up'. Setelah ruang dapur menjadi luas makan kerja-kerja memasukkan kabinet dapur dapat dilakukan dengan sempurna.




Bungkah-bungkah kabinet dimasukkan satu persatu diikuti pengukuran ruang. Ukuran harus tepat agar setiap ruang dapat digunakan dengan baik dan rekaan tidak jauh tersasar dari lakaran asal pereka dalaman Faizal Zain.





Rekaan kali tampil dalam rona hitam dan putih menepati keperibadian pelanggan yang inginkan sentuhan manimalis dan selesa dalam kediaman serba moden dan ringkas. Selain kabinet dapur atas dan bawah, rekaan kali ini juga membawakan sentuhan ala bar, sebagai ruang santaian untuk menikmati minuman dan snek ringan.



Akhirnya dalam ruang yang asalnya sempit dan susunan yang kurang teratur, kini tampilah satu rekaan yang ringkas tetapi menawan. Kabinet dapur moden dilengkapi bar ringkas untuk santaian bersama.



No comments:

Post a Comment