.

Pengikut Blog Zaldeco

Promosi Wardrobe Murah Kaw-Kaw



ZALDECO kini tampil dengan promosi besar-besaran 'WARDROBE MURAH KAW-KAW!' setelah sering mendapat pertanyaan mengenai almari pakaian pasang-siap. Mendekati jiwa pelanggan, pereka dalaman kami Faizal Zain, bertungkus lumus menghasilkan pelbagai rekaan almari pakaian pasang siap untuk pilihan pelanggan. Istimewanya 'wardrobe-wardrobe' ini adalah ciptaan asal dan peribadi Faizal sendiri, bermakna anda tidak akan dapat memperolehi rekaan almari pasang-siap ini di mana-mana kedai perabot.

Faizal melakukan kajian terperinci mengenai ruang dalaman almari dan jenis permukaan, maka lahirlah koleksi ini yang di mana ianya sering menjadi pilihan dan perhatian ramai. Mudah di padankan dengan pelbagai konsep kediaman anda, 'wardrobe' ZALDECO begitu mudah dipilih dan disuai padankan. Pilih antara 2 pintu gelongsor atau pun 3 pintu gelongsor, kemudian pilih kemasan dalaman almari samada dari jenis A atau B kemudian padankan citarasa anda dengan kemasan pintu almari yang anda gemari...begitu mudah bukan?

Faizal berusaha mahu almari pakaian pasang siap ini mampu untuk dimiliki oleh semua pihak, lalu ZALDECO menawarkannya pada harga yang cukup murah, kaw-kaw murah!!! bersama pemilihan material yang terbaik dan tahan lasak. Kualiti yang terjamin dengan harga yang cukup berpatutan, jadi jangan lepaskan peluang memiliki almari pakaian pasang siap ZALDECO ini.

Promosi ini bermula dari 1 NOVEMBER 2011 sehingga 29 JANUARI 2012, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini!


PILIHAN KEMASAN DALAM






Pilih kemasan dalam mengikut citarasa anda, dari rekaan A atau B, samada dari jenis 2 pintu gelongsor ataupun 3 pintu gelongsor, kemudian padankan dengan permukaan luaran yang anda gemari.


PILIHAN KEMASAN LUAR


SUSHI

Rekaan ini berkonsepkan oriental jepun. Nampak tulus dan ringkas, mudah disuai padankan dengan kediaman anda. Didatangkan dengan pilihan Murnau Maple bersama Tropical Acasia dan juga bersama Walnut. Alternatif bersama siapan cermin penuh buat mereka yang bercitarasa.

REIKA

Kemasan pemukaan kayunya yang mewah melengkapkan kediaman elegan. Pilihan dari Samoan Teak mahupun Walnut, kedua-duanya mempunyai aura tersendiri. Tampil dalam pilihan 2 dan 3 pintu gelongsor, ianya boleh dipadankan dengan cermin designer yang cukup menarik.

VANIRA

Tampil sepenuhnya dengan permukaan frosted white, inilah idaman bagi mereka yang mengiginkan kelainan. Dari dasar hitam mahupun putih, mudah disuaikan dengan perabot-perabot lain di dalam bilik tidur anda. Keterampilannya yang cukup moden menyerlahkan kehidupan terkini.

MANIRA



Dari kajian Faizal, rekaan seakan ini sering menjadi pilihan ramai, maka terciptalah MANIRA yang bakal menggantikan almari-almari yang seakan-akannya di pasaran. Menggabungkan dari permukaan melamine bercorak kayu berjalur, gabungan neautral dan modennya amat serasi. Pasti ianya menepati konsep kediaman anda.

TASH

Mendambakan kediaman urban, elektik dan terkini, TASH bakal memberi saingan kepada almari-almari pakaian yang sedia ada di pasaran. Dikemaskan dengan permukaan frosted glass, bebayangnya bisa melantunkan satu kesan simple & fast.

NANEERA


Hitam dan putih adalah gabungan serasi sejak azali. Jadi NANEERA tampil melengkapkan koleksi. Permukaan yang berkilat dan pilihan warna asasnya memberikan impak yang cukup menyerlah buat kamar tidur anda. padankan dengan katil putih, hitam atau kelabu, semuanya masih sedondon dan berjaya.

MAGICA

Buat mereka yang bercitarasa tinggi, maka pilihan ini amat bertepatan. Seperti nama yang di beri, MAGICA seakan suatu magis yang istimewa apabila almari ini adalah sebagai salah satu alternatif untuk memperluaskan ruang. Refleksi pada pintu gelongsor cermin penuhnya bakal memperdaya apabila bilik tidur yang kecil bisa kelihatan 2 kali ganda luasnya.

1 comment:

Rizal Razman said...

Saya berminat dgn zanira 2 gelungsur..boleh bg contact no

Post a Comment