.

Pengikut Blog Zaldeco

162 Resident Selayang - Imz Azman




Apartment 162 Resident selayang yang baru dibeli artis Imz Azman.

ZALDECO mendapat kepercayaan sepenuhnya seorang artis baru yang sedang mencipta nama dalam dunia lakonan dan nyanyian tanah air. Imz Azman yang sering tampil menghiasi beberapa drama TV dan sedang giat menghasilkan album pertama terpanggil untuk meletakkan tugas ke bahu team ZALDECO bagi merealisasikan impiannya memiliki kediaman glamor untuk sebuah apartment yang baru sahaja dibelinya hasil titik peluh selama ini bergelumang di dalam dunia seni.



Meskipun beliau sibuk dengan kerjaya seninya, namun Imz masih mahu kediaman yang baru sahaja dimilikinya bakal menjadi sebuah kediaman yang selesa dan menawan, sesuai untuknya melepaskan segala tekanan dan berehat dari tugasan seharian.


Zal sewaktu hadir membuat tinjauan ke atas kediaman ini.

Dengan itu, pereka dalaman ZALDECO, Faizal Zain hadir membuat tinjauan terlebih dahulu ke atas unit kediaman ini bagi mendapatkan gambaran sebenar dan cetusan idea yang sesuai bagi memenuhi impian penyanyi dan pelakon ini.


Ruang dapur yang kelihatan biasa akhirnya tercipta menjadi ruang dapur yang eksklusif dan moden.

Bersandarkan cetusan idea 'glamor' dan ringkas ZALDECO hadir memberi sentuhan buat kediaman ini. Satu rekaan baru cuba diaplikasikan di mana konsep moden dan etnik digabungkan serentak. Bermain dengan corak 'batik', Zal mencetuskan satu idea baru buat kediaman ini. Di mana kabinet dapur melamin didatangkan khas dengan corak batik pada 4 permukaan pintu kabinet tersebut. Menggunakan warna-warna segar dan terang, pilihan warna 'krim' dan kelabu lembut menghiasi keseluruhan ruang dapur. Tidak sarat dengan dekorasi, ZALDECO masih mahu menonjolkan ruang dapur ini sebagai dapur 'bujang'. Ruang dapur yang agak terhad membuatkan ZALDECO hanya mengadaptasikan pilihan kabinet dapur selari atas dan bawah.


Ruang tamu terhad ini digunakan sepenuhnya oleh ZALDECO untuk mencipta satu sentuhan yang penuh kelainan.

Untuk ruang tamu pula ZALDECO memilih untuk menggunakan perabot yang seminima mungkin. Tidak membawa masuk sebarang jenis sofa, kali ini mencipta kelainan apabila hanya kerusi 'rilex' menjadi tumpuan. Artis ini masih bujang dan tinggal bersendirian, malah sering tiada di rumah kerana bertugas di lokasi pengambaran dan show di sana-sini, jadi tidak perlu perabot yang sarat agar kediaman sederhana luas ini tampil lebih senggang. Warna unggu di suntik ke dalam kediaman ini agar elemen glamor tercetus bergitu mudah. Teristimewanya sekali buat ruang ini apabila 'wallcovering' bercorak batik diciptakan khas oleh ZALDECO. Tampil sungguh elegan dan menawan sesuai buat kediaman seorang artis.

6 comments:

zures said...

Cantiknya zal...

zaldeco said...

thanks kak...

izzu said...

saya suka hasil deco zal. memang menarik. saya sangat gaya simple tapi menarik. lps tgk intai-intai deko pagi tadi, terus cari blog zul.

mmg deco style zul menepati citarasa saya

zuhalmy said...

Pening nak hias satu dinding yang luas.. mula dari pintu masuk sampai ruang tamu.. need help!

zaldeco said...

To: Izzu
yes...thanks for your comment, sentuhan saya sememangnya ringkas tapi masih mengekalkan ciri-ciri dekorasi sebenar.

zaldeco said...

To: Zuhalmy
terima kasih kerana sudah mendaftar menjadi penaggan kami, sentuhan dekorasi ke atas kediaman anda akan bermula esok, 4 Jan 2012. Nantikan sentuhan saya ye....thanks...

Post a Comment