.

Pengikut Blog Zaldeco

Zaldeco Dalam Majalah Seni Hias September 2011

Kini pereka hias dalaman, Faizal dari Zaldeco Inspirations kembali menemui pembaca menerusi majalah SENI HIAS keluaran September 2011. Zal yang sering kali tampil di dalam pelbagai media massa, masih terus sudi berkongsi cetusan-cetusan idea bersama pembaca dan pengikut majalah-majalah dekorasi tempatan.

Zal tampil dalam majalah SENI HIAS keluaran September 2011.

Tampil untuk majalah SENI HIAS kali ini Zal ditemuramah wartawan dekorasi terkemuka iaitu Yusnelly Yahya bagi menyiapkan 8 muka surat ulasan. Jadi pada pengikut-pengikut Zaldeco jangan lupa dapatkan majalah SENI HIAS (September 2011) di pasaran.


Keratan akhbar & majalah - Zal sering ditemubual wartawan sebagai pereka hias dalaman jemputan di dalam akhbar dan majalah.

Sering menjadi pilihan wartawan untuk ditemubual sebagai pereka hias dalaman undangan bagi Zal adalah suatu penghargaan. Tampil hampir setiap bulan di dalam pelbagai majalah-majalah dekorasi, akhbar dan tabloid tempatan untuk berkongsi rahsia, tips dan pandangan adalah umpama suatu amanah yang dipikul, bagi membantu para pelanggan & pembaca mendapat sentuhan-sentuhan terbaru dan maklumat yang tepat.


Kerap tampil di dalam pelbagai media massa mendekatkan Zal kepada pelanggan, peminat dan penggemar dunia dekorasi.

Bagi saya, mendekati peminat dan pelanggan melalui pelbagai cerita dan celoteh di dalam akhbar dan majalah adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tentunya pelanggan dan pembaca gemar dan teruja untuk mengetahui tips-tips dan cetusan idea yang terbaik buat panduan kediaman mereka. Jadi nantikan kemunculan saya yang berterusan di dalam akhbar dan majalah-majalah dekorasi yang akan datang!

4 comments:

Perjalanan Tanpa Noktah said...

tahniah zal masuk majalah lagi...

zaldeco said...

thanks kak, anda sering memberi semangat.

izzu said...

gambar di atas, adalah eps intai-intai deko yang saya tengok pagi tadi. saya tidak tahu sama ada itu siaran ulangan atau tidak. tapi, disebabkan saya cuti hari ni, jadi berkesempatan tengok tv waktu pagi.

cantik la umah zal. simple, kemas, combination color yang cantik serta tidak terlalu sarat

zaldeco said...

thank izzu...

Post a Comment