.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Pantai Permai, Pantai Dalam

Meskipun musim perayaan sudah berlalu, namun pemasangan lantai kayu lamina ZALDECO terus mendapat sambutan, rancangan awal ZALDECO untuk bercuti agak lama selepas Syawal nampaknya terpaksa dibatalkan demi memenuhi permintaan pelanggan dan tempahan pemasangan lantai kayu lamina yang termatalah tinggi.

Terima kasih kepada tenaga pekerja yang sudi kembali bertugas pada hari raya yang ke10, meskipun ZALDECO menjanjikan cuti raya buat kakitangan kami adalah selama 30 hari.




Terima kasih juga kepada semua pelanggan yang tidak putus-putus membuat tempahan dan memberikan kepercayaan kepada perkhidmatan kami ini.

Terbaru pemasangan lantai kayu lamina di perumahan Pantai Permai di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Warna terang dipilih bagi mencipta mood luas pada kediaman terhad ini.




Kediaman yang asalnya hanya berlantaikan simen akhirnya dinaik taraf dengan penggunaan lantai kayu lamina. Hanya dalam beberapa jam sahaja kediaman kusam ini berubah wajah dengan lantai kayu lamina ZALDECO, ternyata aura ekslusif terpancar sendirinya.



Pemasangan yang kemas dan teliti membuahkan hasil yang sempurna. Yang pasti tranformasi ini jelas jauh bezanya dengan keadaan asal kediaman ini. anda juga berhak memilikinya.



No comments:

Post a Comment