.

Pengikut Blog Zaldeco

Kertas Dinding ZALDECO - Setiawangsa

Kertas dinding atau wallpaper kini bukan lagi untuk penyeri bagi rumah-rumah mewah sahaja. Kini kehadirannya dilihat sebagai satu pelengkap dekorasi kediaman kepada semua jenis rumah. Bagi rumah-rumah yang kecil seperti pangsapuri mahupun flat juga boleh mengaplikasikan wallpaper sebagai sentuhan dekorasi dinding.




Dari pada kebiasaan dinding yang polos dan kadang kala menjemukan, apalah salahnya kehadiran wallpaper menzahirkan sedikit keceriaan kediaman.




Dari pilihan warna asas kuning telur yang bersatu dengan ornamen bungaan merah hati, wallpaper ini tampil menyerikan keseluruhan ruang tamu sebuah kediaman jenis flat di Setiawangsa.



Dengan tenaga pemasang wallpaper yang cekap bersama ratusan pilihan wallpaper, nama ZALDECO telah lama berada dihadapan dalam perkhidmatan ini.




Kediaman ini kini tampil menyerlah dengan satu perubahan yang berani.

No comments:

Post a Comment