.

Pengikut Blog Zaldeco

Di Sebalik Diri



Anak kelahiran Kuala Lumpur ini lahir berjiwa seni. Mewarisi bakat yang dimiliki arwah bapanya yang pandai bertukang dan gemar memperbaiki perabot, Faizal menjerumus ke arah yang sama. Namun lebih dari itu jiwa seninya mekar mendalam.


Zal mahu terus diyakini pelanggan.

Mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di dalam haluan seni bagi memantapkan lagi perlengkapan diri, Faizal akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya di LIMKOKWING UNIVERSITY. Dengan asas seni yang ada, Faizal mula berjinak-jinak dengan seni dekorasi dan hiasan dalaman. Setiap bulan himpunan lebih dari 20 majalah dekorasi dan hiasan dalaman mengisi rak-rak bukunya. Mula menjadi pelukis plan sambilan bersama seorang rakan, Faizal mula memenuhkan ilmu pengetahuannya di dalam aspek dekorasi. Segalanya bermula sekitar tahun 2004 apabila Faizal diberi kepercayaan untuk mendekorasi dan menjadi pencetus idea kreatif seluruh bangunan membeli belah dikenali sebagai Piccolo Galleria bersebelahan Planet Hollywood Jalan Bukit Bintang. Dari detik itu sentuhan Faizal diyakini dan berterusan untuk beberapa buah restoran terkemuka di ibu kota. Dan juga kerap kali sentuhan dekorasinya menjadi hiasan pusat-pusat membeli belah sewaktu tiba musim-musim perayaan.


Zal mahu berkongsi idea bersama pelanggan-pelanggannya.

Dari pusat membeli-belah hinggalah ke hotel-hotel 5 bintang, idea dekorasi Faizal terus menjadi pilihan. Namun tidak mengenepikan hiasan dalaman untuk kediaman, Faizal terus menzahirkan sentuhan-sentuhannya buat rumah-rumah rakan-rakan terdekat. Bermula dari detik itu sentuhan dekorasi kediaman Faizal semakin digemari hingga beliau sudi turun ke lokasi dari rumah ke rumah untuk kerja-kerja dekorasi & renovasi. Dari merangkak, berjalan dan kini berlari, Faizal selesa bersama ZALDECO INSPIRATIONS yang begitu mendapat sokongan padu para pelanggan, rakan dan juga keluarga. Kini Faizal masih menuju dari rumah ke rumah bagi memenuhi impian pelanggan untuk memiliki kediaman impian mereka. ZALDECO INSPIRATIONS akan terus berusaha keras bagi memastikan kepuasan pelanggan di tahap yang terbaik. Demi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik ZALDECO INSPIRATIONS amat memerlukan sokongan anda semua. Semua pelayar blog ZALDECO umpama tulang belakang dan pemangkin semangat. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. Andalah yang terbaik!


ZAL,
ZALDECO INSPIRATIONS
terima kasih semua..........

1 comment:

- dieyana - said...

tahniah sdr. faizal. Saya suka dekorasi sdr, natural, simple, moden, dan warna bumi (zaldeco showroom) tu, saya suka!

Post a Comment