.

Pengikut Blog Zaldeco

Sentuhan Ringkas & Minima Cova Condo

Zaldeco diberi kepercayaan oleh pimilik kondominium ini untuk mengilhamkan sentuhan dekorasi dalam bajet yang seminimum mungkin memandangkan pemilik rumah ini bertujuan untuk menyewakan semula kediaman ini.


Pemilik kediaman meluahkan kepuasannya sendiri.


Terletak di Kota Damansara, Cova Condominium ini berkeluasan kira-kira 1300 kaki persegi.Bermula dengan kediaman yang kosong, ZALDECO memberi sentuhan rekaan almari pakaian sediabina dan katil sediabina bagi ketiga-tiga bilik yang terdapat di dalam kediaman ini. Material yang digunakan oleh Zaldeco juga agak minima dan terhad mengikut bajet tuan rumah yang mahukan segalanya serba sederhana namun sedap mata memandang.


Pemilik kediaman ini tidak mahu melabur banyak wang untuk decorasi kondominium ini, namun beliau tetap mahukan kondominiumnya ini tampil bergaya dalam sentuhan yang minima.


Sewaktu kerja-kerja sedang dijalankan.


Set almari pakaian dan almari solek sediabina sentuhan ZALDECO yang ringkas amat menarik. Dengan padanan warna asas iaitu putih menghasilkan suasana terang dan luas.



Ketiga-tiga bilik tidur diberi sentuhan yang sedondon untuk mamadankan lagi menampilan. Perabot-perabot sediabina ini memudahkan lagi pemilik menyewakan kediaman ini. Ianya juga sekaligus memudahkan para penyewa kerana kediaman ini telahpun dilengkapi perabot ringkas.



ZALDECO menghasilkan set kabinet dapur serba ringkas tetapi lengkap. Jadi para penyewa nanti mudah mengendalikan kerja-kerja memasak dalam ruang yang terhad ini.


Berlandaskan konsep moden ringkas, ZALDECO membawa kediaman ini pada kategorinya tersendiri. Walaupun serba ringkas namun aura suasananya jelas terasa. Kami memadankan semua fabrik polos untuk langsir-langsir kediaman ini agarnya ianya tahan lama dan tidak perlu selalu di basuh.


Pengcahayaan dan juga pemilihan lampu-lampu juga kami padankan dengan ringkas tetapi masih kelihatan menyerlah. Apapun terima kasih kami ucapkan kepada pemilik kediaman ini atas pujian dan sokongan yang diberikan.