Tinggi : Kurang dari 5 meter.
Batang berkayu, Berdahan dan mempunyai ranting.
Contoh : Pokok bunga kertas, Pokok Bunga Raya, Pokok Ekor Kucing.
NAUNGAN
Tinggi : Lebih dari 5 meter.
Berbatang tunggal kegunaan teduhan dan penahan angin.
Contoh : Semarak api, Bunga tanjung dan Tembusu.
PALMA
Batang tunggal tidak bercabang diakhiri dengan sejambak daun.
Contoh : Rafis, Pinang Raja, Pinang Manila, Pinang Kuning.
PENUTUP BUMI
Tinggi : Kurang 30 cm
Kebanyakan menjalar dan melata di permukaan tanah.
Contoh : ros jepun, alternathera, dan hemigraphis.
RUMPUT TURF
Rumput yang di tanam di padang permainan, golf, pinggiran jalan dan di laman rumah.
Contoh : Axonopus, Bermuda, Zoysia, Serangoon dan St Augustine.
HIASAN DALAMAN
Tumbuhan yang memerlukan teduhan dan lindungan dari pancaran cahaya matahari yang terik.
Contoh: Anthurium sp. Caladium sp. Dieffenbachia sp. Begonia sp.
SEMUSIM
Tumbuhan yang hidup dalam jangkamasa yang singkat. mati selepas berbunga.
Selalu digunakan untuk hiasan pentas.
Contoh : Celosia sp, Tagetes sp. Marigold sp.
ORKID
Tumbuhan yang mempunyai akar udara.
Contoh : Cattleya, Doritis, Oncidium, Arachnis, Vanda, Vandopsis dan Aerides
MEMANJAT DAN MENJALAR
Tumbuhan yang memanjat, melilit dan menjalar menggunakan tendril, pencangkuk atau akar yang mengeluarkan pelekat.
Contoh : Nyonya makan sirih, Kembang pagi, ros jepun, bunga kertas dan petrea
KAKTUS
Hidup dikawasan kering dan panas.
Contoh : Espotoa lanata, Cereus peruvanius dan Opuntia microdays.
LENDAIR
Tumbuhan yang tidak mempunyai tisu berkayu, sangat sensitif pada cahaya matahari yang kuat.
Contoh : ati-ati, resam batu dan pilea.
AKUATIK
Tumbuhan yang boleh hidup di dalam air.
Contoh : Teratai, Kiambang dan Keladi bunting,
BONSAI
Tumbuhan yang dibantutkan.
Contoh: Pokok kesinai, juniper china dan santalia
No comments:
Post a Comment