.

Pengikut Blog Zaldeco

ZALDECO di Renovation Expo 23-25 September 2011, Mid Valley


Zal dipintu masuk expo bersama bunting ZALDECO.

Pereka dalaman, Faizal Zain dari Zaldeco Inspirations sempat meluangkan masa seketika pada 25 hb September 2011, bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang, di Mid valley Megamall di mana berlangsungnya pameran ‘Renovation Expo 2011’.

Walaupun hanya beberapa jam bemesra dan bertemu pengunjung, pereka dalaman Zal, dapat memberikan sedikit tips, pandangan dan rujukan tentang sentuhan-sentuhan dekorasi kepada mereka-mereka yang mengajukan soalan.


Zal bersama baucer diskaun ZALDECO yang telah kehabisan kurang dari 2 jam.

5000 keping ‘Flyers’ baucer diskaun yang diedarkan beberapa kakitangan kami habis tak sampai 2 jam. Kesulitan ini kami kesali kerana sepatutnya kami membawa lebih ‘flyer’ untuk diedarkan kepada pengunjung. Tetapi kami tidak menduga sambutan yang begitu baik kami terima. Apa yang kami sasarkan 5000 keping ‘flyers’ yang dibawa sepatutnya mencukupi ataupun berlebihan. Apapun kami akan perbaiki kesilapan ini di masa akan datang. Kepada mereka yang tidak dapat memiliki ‘flyer’ baucer diskaun kami, kami memohon maaf. Walau bagaimanapun ZALDECO akan tetap bersama-sama anda dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik bersama motto terbaru kami ‘ SMALL BUDGET, BIG IDEAS!’ Moga kita akan bertemu lagi dalam pameran-pameran yang akan datang.

No comments:

Post a Comment