.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Menaiktaraf Kabinet Dapur

Kebanyakkan syarikat pemasangan kabinet dapur kurang berminat dengan kerja-kerja menaiktaraf kabinet dapur seperti pembaikan, pemasangan pintu, tampalan retak dan sebagainya, malah ramai juga di kalangan mereka yang tidak menawarkan perkhidmatan berkenaan kerana kerja-kerja sebegini selalunya tidak memberikan sebarang keuntungan.



Namun bagi ZALDECO, kepuasan pelanggan adalah lebih penting, berjaya menyelesaikan masalah pelanggan merupakan kepuasan bagi kami. Meski pun kami juga akui kerja-kerja sebegini tidak memberi keuntungan, namun kami percaya rezeki dalam perniagaan ada dimana-mana, 'jika tidak disitu...mungkin ada disana...'



Ada di kalangan kita yang memilih untuk memasang atau membina kabinet dapur meskipun belum mempunyai bajet yang mencukupi, akhirnya hanya sebahagian kerja-kerja kabinet dapur sahaja dapat di siapkan dan ada juga kita yang hanya membina separuh dan kemudian jika ada rezeki lebih pada waktu yang lainnya, kita menyambung semula kerja-kerja pemasangan kabinet dapur tersebut.



Apapun bagi ZALDECO itu bukan masalahnya, anda sebagai pelanggan, anda berhak menentukan setakat mana yang anda mampu. Jadi ZALDECO tetap menerima kerja-kerja penyudahan atau menaiktaraf kabinet dapur anda meskipun kerja-kerja awalnya dilakukan oleh kontraktor lain.




Nah kini kerja-kerja menaiktaraf kabinet dapur sudah pun selesai, dan dapur pelanggan kini kelihatan lebih lengkap dan tampil lebih menarik. Dan yang pentingnya keselesaan memasak akan tercetus dengan sendirinya dengan kabinet dapur yang lebih baik ini.

No comments:

Post a Comment