.

Pengikut Blog Zaldeco

Sentuhan Dekorasi Di Tanah Rata, Cameron Highland

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Ruang Tamu




Kredibiliti pereka dalaman terkenal Faizal Zain dalam menatahiasi kediaman sememangnya menjadi rebutan. Permintaan bukan sahaja datang dari kediaman sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan Selangor, malah sentuhan magisnya juga menjadi dambaan masyarakat di luar Lembah Kelang sehingga ke Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Pahang. Begitu juga dengan pemilik kediaman ini yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang yang mendapatkan sentuhan dekorasi sepenuhnya dari pereka dalaman Faizal Zain.


Untuk kediaman apartment yang berkeluasan lebih kurang 950 kaki persegi ini, Faizal Zain bersama syarikatnya ZALDECO telah menghasilkan sepenuhnya sentuhan renovasi & dekorasi yang melibatkan keseluruhan ruang di dalam kediaman ini. Antara kerja-kerja yang dilakukan di kediaman ini termasuklah, kabinet dapur, rak kasut, wardrobe dan meja solek, wallpaper, laminate floor, plaster siling dan L-Box, lighthing dan wiring, custome curtain dan sofa, rak tv, renovasi bilik air dan banyak lagi sehingga sentuhan dilakukan sepenuhnya dari sebuah kediaman kosong sehingga kedaiaman siap lengkap untuk diduduki.


Untuk ruang tamu ini pereka dalaman Faizal Zain mengetengahkan pilihan warna biru terquoise dan hijau terquoise sebagai warna tunjang manakala melengkapkan lagi sentuhan dengan warna tambahan utama putih dan kelabu. pada dinding utama ruang tamu ini di lengkapi dengan penggunaan kertas dinding atau wallpaper ringkas dan moden juga dari rona hijau terquoise. Pada bahagian dinding yang bertentangan pula di hiasai dengan cat pastel krim dan dilengkapi dengan hiasan dinding 3D brick bewarna putih, sebuah hiasan dinding 3 dimensi yang moden dan ringkas.


Hiasan-hiasan dekorasi tambahan juga berasaskan warna yang sama agar sentuhan dekorasi kelihatan padan dan sedondon. Kebijaksaan pereka dalaman Faizal Zain bermain dengan konsep, warna dan ruang tidak dapat disangkal lagi apabila setiap sentuhannya kelihatan begitu tepat dan padan serta memukau mata memandang.


Pemilihan reka bentuk perabot yang tepat, warna, pencahayaan dan susun ataur amat di titik beratkan oleh pereka dalaman Faizal Zain agar kediaman pelanggan yang mendapatkan sentuhannya akan tempil begitu menyerlah dan mempunyai aura sentuhan magisnya.



Paduan warna kertas dinding, langsir dan perabot utama di ruang tamu seperti sofa 3 tempat duduk ini disatukan dengan tepat dan berhati-hati kerana ianya akan menjadi tarikan utama di ruang tamu. Ilmu dan pengetahuan luas dan tinggi dalam dunia rekaan dalaman yang dimiliki oleh pereka dalaman Faizal Zain dicurah dan digunakan sepenuhnya setiap kalibeliau menata hias kediaman pelanggan.


Pemilihan permaidani, hiasan dinding dan langsir perlu diberi perhatian yang tinggi untuk mendapatkan hasil sentuhan yang terbaik. Untuk kediaman ini pereka dalaman Faizal Zain memilih langsir kelabu polos dengan fabrik jenis 100% blackout dan disertai dengan Italian sheer bagi menjelmakan hasil langsir custom yang menawan.


Kabinet tv juga direka secara ringkas untuk menepati citasrasa moden tuan rumah dan diletakkan pada dinding utama sebagai titik tumpuan. Sedikit pasu dekorasi dan table runner juga dari tona terquoise menghiasi kabinet tv ini.


Bagi kemasan lantai pula pereka dalaman Faizal Zain memilih untuk menggunakan laminated floor dari koleksi warna krim muda dengan corak urat kayu. Warna lantai yang terang amamt mempengaruhi ruang agar kediaman yang kecil tampak lebih luas dan selesa. Malah penggunaan laminated floor dilihat cukup praktikal selain memberikan lebih impak dan aura dalam sentuhan dekorasi, ianya juga lebih selesa dan selamata kerana tidak sejuk dan tidak licin.


Peranan kertas dinding amat kuat dalam satu-satu sentuhan dekorasi. Namun pemilihannya harus tepat agar sebuah ruang yang hadir bersama kertas dinding atau wallpaper tampak sejajar dan tidak canggung. Untuk kediaman ini Faizal Zain mereka sebuah sofa 3 tempat duduk khas, di perbiat dari fabrik baldu lembut dari rona terquoise untuk melengkapi hiasan ruang tamu ini.


Peranan penataan cahaya juga begitu penting, oleh itu kebijaksanaan dalam pemilihan padanan lampu dan cahaya harus dititik beratkan dalam sentuhan dekorasi. Buat siling ruang tamu ini, pereka dalaman Faizal Zain menampilkan rekaan L-Box ringkas dengan paduan cahaya T5 putih mulus setelah lampu-lampu gantungan menggunakan warna kuning neon.


Pembuatan L-Box, kerja-kerja mengecat rumah, pemasangan lantai kayu lamina atau laminate floor serta kerja-kerja pembuatan perabut rekaan custome dilakukan dengan amat berhati-hati bagi mendapatkan mutu dan kualiti keja yang diinginkan.




Lihat bagaimana kerja-kerja yang kami lakukan dalam menghasilkan sentuhan yang tebaik, bermula dari sebuah ruang tamu kosong akhirnya lengkap menjadi sebuah ruang tamu yang begitu indah dan memukau.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Ruang Makan



Untuk penataan runag makan yang hanya bersebelahan dengan ruang tamu, pereka dalaman Faizal Zain masih mengekalkan konsep dan warna yang sama iaitu dari kombinasi warna biru terquoise dan hijau terquoise. Ruang makan yang terhad ini dihias ringkas sahaja agar tidak tampak sarat kerana keterbatasan ruang yang ada.


Meja makan 4 tempat duduk bewarna hitam menjadi pilihan. Ruang makan ini juga turut dihiasi dengan sejambak bunga utama bagi menyerikan suasana beserta tisu serta table runner atas alas meja dari rona yang sedondon.


Siling L-Box dengan kemasan lampu T5 dibuat dari ruang tamu sehingga melengkapi ke ruang makan dengan rekaan ringkas supaya suasana tampil selesa tetapi eksklusif.


Dinding utama ruang makan ini dicat dengan warna kelabu, kemudian sebuah cermin diletakkan sebagai titik tumpu hiasan. Walau ruang makan ini kecil dan terhad namun dengan sentuhan yang tepat dan terperinci, ruang akan tampil sempurna.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Bilik Tidur Utama



Untuk sentuhan dekorasi di bilik tidur utama pula, pereka dalaman Faizal Zain membawa elemen merah sebagai warna tunjang disamping warna sampingan yang lain terdiri dari kelabu, hitam dan putih.


Katil bersaiz queen custom rekaan khas Faizal Zain menggunakan fabrik baldu kelabu sepenuhnya, kelihatan begitu eksklusif sekali dengan dipadankan dengan koleksi cadar dan throw pillow dari rona merah berkilat.


Untuk bilik tidur ini pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan rekaan wardrobe beserta meja solek pasang siap dari koleksi Brassavola Zaldeco. Disesuaikan dengan rona pilihan, wardrobe ini juga dihasilkan menggunkan rona kelabu. Wardrobe full height yang tinggi dan luas menjadikan ianya sebuah ruang penyimpanan yang cukup praktikal.


Selain itu hiasan-hiasan dekorasi seperti lampu meja dan lampu tidur turut menghiasi ruang bilik ini. Bagi bilik ini juga pereka dalaman Faizal Zain memilih langsir kelabu polos dengan fabrik jenis 100% blackout dan disertai dengan Italian sheer bagi menjelmakan hasil langsir custom yang menawan selain dapat menapis cuaca sejuk dan panas secara maksimum.


Wardrobe dan dressing table koleksi Brassavola dari ZALDECO amat luas dan besar membuatkan pelbagai keperluan dapat disimpan di dalamanya, bukan sahaja pakaian tetapi selimut, cadar dan bantal juga dapat di simpan di dalam wardrobe yang luas ini.


Susun atur dan tatahias kediaman sentuhan dari pakar hiasan dalaman seperti Faizal Zain sememangnya menghasilkan satu sentuhan yang cukup memukau. Biarkan sentuhan bersahaja namun dari teknik yang betul ianya kelihatan padan dan serasi.


Katil queen custom dari ZALDECO amat istimewa sekali dengan seratus-peratus buatan tangan dari bahan bermutu, membuatkan katil yang dihasilkan begitu berbeza dengan katil-katil yang sedia jual di pasaran. Katil custom kami mempunyai pelbagai pilihan dari koleksi fabrik mahupun ratusan warna yang boleh disuai padankan.


Ruang bilik juga dilengkapi dengan pamasangan lantai kayu lamina atau laminate floor begitu juga dengan kerja-kerja pendawaian serta pemilihan pencahayaan dilakukan dengan teliti bagi emndapatkan hasil yang terbaik.


Begitu juga kerja-kerja mengecat yang dilakukan dengan baik dengan menggunakan teknik mengecat yang betul bagi mendapatkan hasil yang maksimum. Lihatlah bagaimana kami menyerlahkan sebuah ruang bilik yang kosong sehingga menjadi sebuah kamar impian.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Bilik Tidur Tamu


Untuk bilik tidur tamu pula pereka dalaman Faizal Zain memilih warna biru muda bagi menjadi warna utama bilik ini. Dengan ruang bilik yang terhad tidak perlu sarat, Faizal Zain hanya menghasilkan sebuah katil queen custom dan sebuah wardrobe full height bagi melengkapi bilik kecil ini.


Teknik penggunaan warna yang sesuai dan saiz perabot yang berpadanan membuatkan sebuah bilik kecil tampak lebih luas dan selesa.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Ruang Dapur


Bagi ruang dapur, pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan rekaan kabinet dapur dengan bentuk L. Menggunakan material milamin untuk permukaan pintu manakala untuk permukaan top menggunakan solid surface dari koleksi glitter black.


Ruang dapur ini menggunakan konbinasi warna walnut, hitam dan krim sebagai warna utama. Selain itu ruang dapur ini juga menggunkan lantai vinyl sepenuhnya dari corak kayu dan pada ruang tingkap di sertakan dengan roller blind custom made dari ZALDECO.


Team ZALDECO sibuk memjalankan tugas masing-masing bagi memastikan ruang dapur ini tampil sempurna.


Kerja-kerja pemasangan roller blind tempahan khas dari ZALDECO dengan kombinasi warna krim teras. Blind ini kalis air dan begitu mudah dijaga dan amat tahan lama.


Disebalik kerja-kerja pemasangan lantai vinyl bercorak kayu di ruang dapur.


Dari sebuah ruang dapur kosong kini tampilah sebuah ruang dapur lengkap dan menarik


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment