.

Pengikut Blog Zaldeco

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home - Ruang Tamu

Seorang pelanggan datang kepada kami dan menyatakan hasrat mahu melihat sebuah kediaman yang baru dimilikinya menjadi sebuah mahligai impian. Sebuah kondominium mewah yang terletak di Kajang dengan keluasan 1500 kaki persegi akhirnya mendapat sentuhan pereka dalaman terkenal tanah air iaitu Faizal Zain bersama syarikatnya ZALDECO.

Menyerahkan keseluruhan ruang rumah kepada Faizal Zain untuk suatu cetusan magis, akhirnya kini keseluruhan rumah sudah menjelma seperti mana yang diimpikan. Lihat kronologi rekaan kami yang meliputi setiap bahagian di dalam rumah ini.

Untuk ruang tamu, Faizal Zain memilih konsep segar dengan mengetengahkan warna hijau sebagai warna utama. 

 
 

Hasil rekaan ini sungguh eksklusif apabila hampir kesemua perabot adalah rekaan custome oleh pereka dalaman Faizal Zain dan bukan dibeli dari mana-mana kedai perabot. Hiasan kelihatan mewah tetapi elemen moden masih diterapkan buat kediaman ini untuk citarasa pemilik kediaman ini yang masih muda.

 
 
 

Faizal Zain menghasilkan rekaan sofa 3 tempat duduk beserta 2 armchair serta 1 ottoman, semuanya dengan permukaan fabrik baldu lembut hijau muda dan baldu berbulu hijau tua. Keselesaan dan kelainan sofa cukup terserlah. Bukan itu sahaja, meja kopi juga direka sendiri oleh Faizal Zain dengan menggunakan medium yang sama iaitu baldu hijau dengan batu-batu kristal beserta permukaan becermin. Ini membuatkan ianya lain dari yang lain.

 
 
 

langsir custome made mewah dari dua warna dengan lapisan langsir jarang menghiasi laluan ke bahagian balkoni. Rak tv juga direka amat berlainan sekali bagi menjelmakan elemen moden yang tersendiri. Keseluruhan  dinding ruang tamu dihiasi dengan 3 corak wallpaper dari koleksi 'glitter' yang boleh memantulkan kilatan apabila terkena cahaya.

 
 

Keseluruhan lantai ruang tamu juga menggunakan lantai kayu lamina dari corak urat kayu dengan skirting lebih gelap bagi menghasilkan kontras. L-box dan plaster ceiling melitupi keseluruhan raung siling bagi raung tamu ini.

 
 
 
 

Pengcahayaan dari L-box dan downlight menjadikan suasana lebih mewah. Dari sebuah kediaman kosong, Faizal Zain menjadikannya sebuah mahligai dengan perancangan kerja-kerja renovasi dan dekorasi yang terperinci bersandarkan pengalaman luasnya lebih sedekat dalam dunia rekaan dalaman.

 
 
 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home - Bilik Tidur Utama

Pereka dalaman kami, Faizal Zain memang bergitu pakar dalam menghadirkan aura buat bilik tidur. Sentuhannya telah menghiasi ratusan bilik tidur pelanggan dari golongan selebriti, vviip, kenamaan mahupun golongan biasa. Jadi pelanggan kami ini bergitu teruja untuk mendapatkan sentuhannya dalam menghasilkan sebuah bilik tidur yang penuh elemen eksklusif dan kelihatan mewah.

 
 

Warna unggu digunakan oleh Faizal Zain untuk menjadi warna utama bilik ini. Keseluruhan dinding bilik ini dilitupi oleh 2 rekaan wallpaper yang menghasilkan pantulan 'glitter' tatkala terkena cahaya.

 
 

Wardrobe berbetuk L menghiasi keseluruhan bilik ini. Direka bersambung antara tv shelve, meja solek dan lamari pakaian. Rekaan wardrobe berwarna putih dengan sebahagian permukaan pintu menggunkan frosted glass. Hiasan cadar dan bantal juga dipilih bersesuian dengan tema yang ingin disampaikan.

 
 

Teknik pencahayaan juga dilakukan dengan teliti. Lampu utama menggunakan downlight dari plaster ceiling dan dibantu oleh dua lampu sisi kristal yang kelihatan cukup mewah. langsir untuk bilik tidur ini dari koleksi fabrik tebal bewarna unggu kelihatan cukup indah sebagai padanan keseluruhan ruang.

 
 
 
 

Untuk pelanggan ini, rekaan katil juga dihasilkan secara custome made oleh Faizal Zain bagi menjelmakan kelaian. Kepala dan badan katil dari baldu unggu membuatkan katil ini cukup peribadi dan tidak terdapat di mana-mana kedai. Kepala katil di reka tinggi dengan dihiasi batu-batu kristal bagi menghasilkan sentuhan mewah.

 
 
 

Rekaan katil juga didatangkan sekali dengan dua rekaan meja sisi dari baldu unggu dan batu krital. Bahagian atasnya diletakkan kepingan kaca. Kedua-dua meja sisi ini juga dilengkapi dengan ottoman yang diletakkan di kaki katil sebagai tempat duduk santai di dalam bilik ini.

 
 

Bilik utama ini mendapat sentuhan sepenuhnya oleh kami dengan penghasilan wardrobe, plaster ceiling, langsir custome made, katil, meja sisi dan ottoman custome made, wallpaper, lantai kayu lamina, pengcahayaan dan lampu, wiring dan penghawa dingin dan banyak lagi.

 
 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home - Dapur Kering & Dapur Basah

Bagi ruang dapur pula, Faizal Zain menggunakan lebih sedekat pengalamannya dalam dunia rekaan bagi menghasilkan dua ruang dapur yang lebih sempurna. Bermula dengan kerja-kerja renovasi, termasuk pemecahan dinding, penyambunagn dinding, membina ruang pintu, membina ruang tingkap, akhirnya ruang dapur yang terhad ini dapat dibahagikan menjadi dua, iaitu untuk ruang dapur kering dan basah.

 
 

Ruang dapur kering direka secara 'open kitchen' yang bersambung terus dengan ruang makan. Rekaan ringkas tetapi moden menyerlahkan lagi keterampialn dapur ini. Hitam dan putih menjadi warna utama buat kabinet dapur. Untuk lantai di ruang dapur kering, lantai kayu lamina dari corak urat kayu dipilih dan lantai untuk ruang dapur basah pula jubin hitam berkilat menjadi pilihan. Divider dengan tiang kayu sebanyak 5 tiang diletakkan disisi dapur bagi menutup sedikit laluan dari pintu masuk utama.

 
 

Pada bahagian dapur basah, rekaan lebih ringkas tetapi cukup praktikal untuk suasana memasak. masih menggunakan warna hitam dan putih ruang dapur memasak juga direka beserta dengan ruangan membasuh.

 
 
 

Kerja-kerja renovasi dilakukan dengan terperinci oleh team ZALDECO, bagi memastikan plug point, ligthing dan punca saluran air semuanya terletak pada tempat yang strategik dan menghasilkan sebuah rekaan yang sempurna.

 
 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home - Ruang Makan

Untuk ruang makan, pelanggan kami ini mahukan kelainan. Beliau mahu ruang makannya kelihatan moden tetapi mewah dan tidak terlalu sarat. Jadi pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan sendiri rekaan meja makan custome made dan set kerusi custome made.

 
 

Meja makan dengan permukaan solid surface ini direka melengkung dan bersambung terus dengan island yang terletak di dry kitchen. Faizal Zain menggunakan warna krim dan hijau sebagai warna utama dalam rekaan ruang ini.

 
 

Table setiing juga dihasilkan oleh pereka dalaman kami, agar suasana meja makan kelihatan lebih menarik dengan susunan pinggan dan gubahan bunga. Bunga dan buah artificial menghiasi tengah meja untuk menjadi titik tumpu utama hiasan table setting.

 
 

Ruang makan juga dihiasi rekaan L-box dan plaster ceiling. Bahagian lantai pula dihiasi laminate floor dengan corak urat kayu bagi menjelmakan suasana lebih mewah.

 
 

Rekaan meja makan custome made dan kerusi makan custome made oleh Faizal Zain membuatkan ianya cukup eksklusif dan istimewa buat pelanggan ini. fabrik baldu dengan warna krim serta corak berjalur coklat dan hijau dipilih untuk melitup set kerusi ini

 
 
 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home - Bilik Pejabat

Pelanggan kami ini gemar menghabiskan masa dirumah bagi menyiapkan kerja-kerja pejabatnya, lalu meminta kami menghasilkan satu sentuhan 'pejabat mini di rumah' untuk salah satu bilik di dalam kediaman ini. Pereka dalaman kami, Faizal Zain menggunakan sentuhan warna hitam dan putih sebagai warna utama untuk bilik pejabat ini. Tampil dengan sentuhan ringkas bersahaja, namun segala kelengkapan di dalamnya membuatkan anda berasa seperti di dalam pejabat sebenar.

 
 

Sentuhan Faizal Zain dengan gabungan wallpaper millenium hitam dan perak menimbulkan suasana korporat. Bilik ini dilengkapi dengan rekaan rak lekat pada dinding memudahkan peyimpanan buku-buku, file dan barang-barang lainnya. Sebuah rak buku dengan cermin frosted menghiasi penjuru bilik. Rak dengan raung penyimpanan luas ini memudahkan untuk menyimpan segala keperluan pejabat.

 

 
 

Sebuah meja panjang dengan bentuk L berlaci menjadi item utama bilik ini. Meja ini memudahkan pelanggan kami meletakkan komputer dan sebagainya. penambahan plug point juga amat perlu kerana selalunya bilik pejabat memerlukan sumber elektrik yang banyak kerana penggunaan komputer, printer dan sebagainya.

 
 

Langsir polos bercorak hitam matelik rekaan khas Faizal Zain bagi menampakkan bilik ini cukup eksklusif dengan padanan wallpaper yang boleh menghasilkan ilusi 3 dimensi apabila terkena pantulan cahaya.

 
 
 

Bilik pejabat ini juga dilitupi keseluruhannya dengan lantai kayu lamina dari warna terang, agar bilik yang terhad ini kelihatan lebih luas.

 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home - Bilik Anak

Bilik anak juga jangan diabaikan dalam sentuhan dekorasi kediaman. Bilik anak yang cantik dan ceria akan membuatkan anak anda berasa selesa untuk bermain dan tidur di dalamnya. Untuk bilik anak ini pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan satu sentuhan ringkas tetapi penuh ceria. Warna biru dipilih kerana warna biru muda merupakan antara warna yang sesuai buat bilik kanak-kanak.

 
 
 
 
 
 

Dengan team ZALDECO, bilik anak ini di hiasi dengan pemasangan lantai kayu lamina dari warna terang, plater ceiling dengan 4 downligt, rekaan langsir custome made berwarna biru polos, hiasan dinding dengan wallpaper dari corak kartun ceria, pemasangan wardrobe dua pintu dengan dua pintu cermin dan perabot kanak-kanak.

 
 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home - Bilik Air

Dalam sesebuah kediaman, bilik air juga memainkan peranan yang penting. Bilik air yang bersih dengan rekaan ringkas tetapi parktikal akan membuatkan anda berasa selesa berada di dalamnya walaupun keadaannya agak sempit dan terhad. 

 
 
 

Hasil sentuhan Faizal Zain bersama team ZALDECO, menjadikan bilik air sempit ini semaksima yang mungkin dengan rekaan cermin pengadang tempias, sinki bowl empat segi, cabinet aluminium di bawah sinki, cermin muka dengan tempat penyimpanan, pilihan jubin lantai dan dinding dan pencahayaan terang.

 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home - Balkoni

Untuk ruang balkoni yang asalnya kelihatan hambar, sentuhan Faizal Zain akhirnya menjadikan ruangan balkoni kediaman ini sebuah ruang berehat yang santai dan ringkas.

 
 

Dengan buaian beserta bantak custome made rekaan Faizal Zain, dihiasi pula dengan pokok-pokok renek menghijau, pasti momen berehat menjadi lebih bermakna.

 
 

Keseluruhan jubin lantai ruang balkoni ini ditukar menggunakan teknik decking. Dencking kami menggunakan kayu chengal bermutu yang tahan pada air dan cahaya. Sapuan cat kilat mengakhiri kerja-kerja pemasangan decking membutakan lantai ruang balkoni ini tampil lebih menarik.

 
 
 

Dari sebuah ruang hambar, balconi di kediaman pelanggan ini bertukar menjadi ruang yang lebih istimewa dengan kepakaran ZALDECO.

 
 

No comments:

Post a Comment