.

Pengikut Blog Zaldeco

Faizal Zain Idol Pereka Dalaman Berjaya - IKBN

Faizal Zain yang diiktiraf sebagai Idol Pereka Dalaman Berjaya telah menerima penghormatan oleh IKBN iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat(IKBNKL) yang merupakan institut kemahiran ke-20 yang dikendalikan dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) apabila dipilih sebagai sumber rujukan oleh para pelajar dan pensyarah sekaligus mengadakan sesi lawatan ke ZALDECO Showroom & ZALDECO Manufacturing serta sesi ramah mesra bersama selebriti pereka dalaman tekenal tanahair, Faizal Zain.


Puluhan para pelajar IKBN dan para pensyarah tiba ke ZALDECO Showroom bersama sebuah bas. Di ZALDECO Showroom pereka dalaman Faizal Zain meluangkan masa memberi taklimat dan kata-kata semangat kepada semua pelajar dalam usahanya untuk membantu institusi-institusi pengajian tinggi untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti.


Selepas menjamu selera dengan jamuan yang disediakan oleh ZALDECO, semua pelajar dan pensyarah dibawa melawat ke ZALDECO Manufacturing bagi mendedahkan para pelajar akan kerja-kerja pembuatan dan keadaan di sebalik tabir dalam menghasilkan sesuatu sentuhan.


Faizal Zain dan ZALDECO sudah menjalin kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi dalam mengadakan bengkel-bengkel tambahan. Malah Faizal Zain juga sering menjadi pensyarah jemputan dalam penambahbaikan program-program yang dianjurkan oleh institusi-institusi yang menawarkan program yang berkaitan. Faizal Zain yang dilihat sebagai ikon dan idola sebagai seorang usahawan bumiputera dan pereka dalama yang amat berjaya sering menjadi pilihan para pelajar untuk didekati dan berkongsi ilmu pengetahuan untuk membimbing dan membuka laluan kepada mereka.


Faizal Zain amat sinonim dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Belia & Sukan Malaysia dalam membimbing para pelajar ke arah yang lebih baik. Faizal Zain berusaha keras sedaya mampu dalam memberikan kerjasama untuk melahirkan bakat-bakat anak muda dalam menjadi seorang ikon di masa hadapan.


Faizal Zain dan ZALDECO amat berbangga jika mendapat lebih banyak peluang untuk bekerjsama dengan institusi-institusi yang lain dalam pelbagai program tambahan yang boleh diadakan. Faizal Zain juga akan membuat beberapa kerjasama lagi dengan institusi dan kolej-kolej untuk mengadakan sesi pembelajaran dan bengkel tambahan. Malah Faizal Zain juga akan menyandang beberapa lagi pengiktirafan dan anugerah sepanjang tahun ini dalam kejayaan dan empayar yang dibinanya selama ini.

No comments:

Post a Comment