.

Pengikut Blog Zaldeco

KARNIVAL PKNS 2014

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain Di Karnival PKNS Talk Show (Sesi Kedua) 22 Mac 2014 - SACC Mall, Shah Alam

Atas permintaan ramai, KARNIVAL PKNS - ZALDECO kembali untuk (Sesi ke-2), pada hari Sabtu, 22 Mac 2014, Sacc Mall, Shah Alam. ZALDECO sekali lagi mengadakan promosi besar-besaran untuk item terpilih dari ZALDECO seperti tawaran murah Kabinet Dapur, Wallpaper, Laminate Floor dan Wardrobe. Semua item ini dengan 10% diskaun berbaloi-baloi.


Sambutan untuk sesi kedua ini gamat dengan kehadiran ramai pengunjung yang datang untuk sama-sama membuat tempahan servis yang ditawarkan oleh ZALDECO dengan harga promosi diskaun 10%.


Setiap kali Karnival PKNS bersama ZALDECO yang dijayakan pasti mendapat perhatian ramai. Hari itu juga selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain membuat talk show dekorasi sambil mempromosikan rumah-rumah jualan PKNS.


Pengguna hari ini telah bijak membuat pilihan, ramai yang telah membandingkan harga pasaran luar dan harga yang ditwarakan oleh ZALDECO, ternyata harga kami jauh lebih murah, berbaloi-baloi, maka tidak hairanlah tiap kali kami membuka kaunter jualan, ianya menjadi serbuan ramai.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain Di Karnival PKNS Talk Show (Sesi Pertama) 15 Mac 2014 - SACC Mall, Shah Alam


Seperti yang telah dihebahkan di laman blog ZALDECO, laman facebook dan media massa, 15 Februari 2014, bersamaan Sabtu lepas telah berlangsung Karnival PKNS dengan slot Talk Show bersama pereka dalaman terkenal Faizal Zain, yang turut membuat promosi penjualan perumahan dari PKNS dan yang lebih menjadi tumpuan adalah sesi promosi besar-besaran dari ZALDECO INSPIRATIONS.


Para pengunjung yang membanjiri ruang legar pentas utama Sacc Mall, Shah Alam memberikan sambutan yang hebat terhadap Talk Show dan Promosi dari ZALDECO. Rata-rata pengunjung datang dari jauh dan dekat untuk sama-sama mendapat harga hebat dan diskaun terhadap item kabinet dapur, wardrobe, wallpaper dan juga laminate floor.


Walaupun terpaksa berbaris panjang untuk membuat tempahan namun pengunjung masih terus tidak berganjak, selain dari Talk Show dekorasi, acara membuat Cheese dan Coklat Tart beserta jenaka badut juga menggamatkan suasana. Ini kali kedua pereka dalaman Faizal Zain dipilih menjadi jurucakap penjualan PKNS setelah kali pertama acara ini berlangsung pada tahun 2013.


Kredibiliti dan nama besar Faizal Zain dilihat amat kuat untuk menjadi daya tarikan sekali gus membuatkan pihak PKNS menawarkan slot Talk Show untuk kali kedua pada tahun 2014 ini. Selain membuat sesi jualan perumahan, Faizal Zain juga menawarkan harga diskaun yang jauh lebih murah untuk kabinet dapur, wardrobe, wallpaper dan laminate floor pada majlis itu, disamping berkongsi pelbagai cetusan idea dekorasi kediaman.


Pengunjung yang memenuhi suasana juga pulang dengan pelbagai hadiah dekorasi dan barangan elektrik apabila mengambil bahagian dalam cabutan bertuah. Kesimpulannya, acara kali ini kelihatan sungguh berjaya, walaupun hanya memperuntukkan hanya 2 jam, selebriti pereka dalaman Faizal Zain dilihat terus didekati ramai pengunjung yang mempunyai pelbagai soalan berkenaan dekorasi kediaman. Walaupun terpancar keletihan di wajahnya, namun beliau masih meluangkan masa bersama para pengujung yang belum berganjak.


Sekali lagi kami dari pihak ZALDECO INSPIRATIONS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang memeriahkan acara kami dan terima kasih atas sokongan anda yang berterusan sejak sedekat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain Di Karnival PKNS Talk Show 2013 - SACC Mall, Shah Alam




Bertempat di Karnival PKNS 2013 di SACC Mall, Shah Alam, telah berlangsung sebuah 'talk show' yang dihoskan oleh selebriti pereka dalaman popular, Faizal Zain. Faizal Zain telah dipilih sebagai ikon jualan dalam Karnival PKNS pada tahun ini. Faizal Zain dilihat mempunyai pengaruh yang besar di dalam dunia rekaan dan perumahan membuatkan beliau diberi kepercayaan mengendalikan persembahan pentas selama hampir 3 jam tanpa henti dalam karnival yang berlangsung dn menarik orang ramai untuk memenuhi ruang Karnival PKNS ini.


Dihadiri lebih ratusan pengunjung yang membanjiri ruang pameran SACC Mall yang rata-ratanya hadir untuk mendengar 'talk show' oleh Faizal Zain selain mengunjungi karnival perumahan yang telah disediakan oleh pihak PKNS.


Pelbagai jenis rumah yang ditawarkan pada karnival ini adalah dari pemaju PKNS, yang menawarkan kediaman lebih selesa dan rekaan yang menawan. Pengunjung juga bebas bertanya mengenai pelbagai proses jual beli kepada kakitangan PKNS yang bertugas pada karnival itu.


Faizal Zain yang sibuk memberi 'talk show' di atas pentas, sesekali dilihat diserbu pengunjung saat turun dari pentas untuk berehat seketika. Namun peluang itu diambil oleh rata-rata pengunjung untuk bertanya dengan lebih dekat lagi pelbagai soalan mengenai hiasan dalaman kepada Faizal Zain. Walaupun agak penat, Faizal tetap memenuhi setiap prtanyaan dan ramai juga yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Faizal Zain.


Pada karnival itu juga, ZALDECO membawakan pelbagai sample item hiasan dalaman seperti wallpaper, laminate floor, kabinet dapur dan pelbagai lagi. Malah pada hari itu juga ZALDECO menawarkan pelbagai promosi kepada pengunjung yang hadir. Talk show berakhir tepat jam 7 malam dan gamat atas sambutan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment