.

Pengikut Blog Zaldeco

Pelancaran Lagu Yahanana (Murakkab Rinduan) - Faizal Zain feat Salwa


Majlis pelancaran lagu Yahanana (Murakkab Rinduan) nyanyian Faizal Zain feat Salwa Abdul Rahman akhirnya berjalan dengan lancar dihadiri lebih kurang 1000 orang dari kalangan tetamu, VVIP, rakan artis dan pihak media. Pada malam itu, dengan rasminya lagu Yahanana (Murakkab Rinduan) diperdengarkan di hadapan para hadirin dan penyerahan untuk diputarkan di corong-corong radio. Juga turut berlangsung perasmian Jaafar Onn Kitchen @ Mentara Food Court Ampang.


Selain bidang rekaan dalaman, Faizal Zain yang cukup aktif menyanyi kini benar-benar menyahut saranan ramai rakan artis agar melahirkan album, justeru itu beliau kini sibuk membuat rakaman beberapa lagu lagi yang bakal dimuatkan di dalam album yang bakal menjengah pasaran akan datang.


Meski sibuk dengan bidang rekaan dalaman, Faizal kini perlu membahagiakan masa agar kedua-dua kariernya kini bergerak seiring. Saat menyahut soalan dari wartawan huburan yang hadir, Faizal Zain menyatakan, meskipun kini sibuk dengan show dan jemputan menyanyi di sana - sini, beliau sesekali tidak akan meletakkan ketepi bidang rekaan dalaman, kerana bagi beliau bidang rekaan dalaman begitu sebati di dalam dirinya.


Faizal juga mengatakan, walaupun pulang lewat malam menghadiri jemputan nyanyian, beliau masih meluangkan masa dan adakalanya perlu membaca email-email pelanggan pada sekitar jam 3 dan 4 pagi, bayangkanlah setiap hari beliau perlu membaca dan membalas hampir 80 hingga 100 email yang rata-ratanya dihantar oleh para pelanggan dan adakalanya tugas itu digalas para petugasnya.


Kini Faizal Zain sedang melebarkan sayapnya di dalam bidang nyanyian setelah berjaya menempatkan namanya di antara pereka dalaman paling popular tanah air. Pada majlis malam itu, Faizal Zain juga menyatakan ia amat terharu apabila ramai tetamu yang hadir adalah di kalangan pelanggan-pelanggan ZALDECO, dan ada di antara mereka yang telah selesai berurusan sejak 4 dan 5 tahun dahulu, namun masih terus mengikuti perkembangan beliau dan perkembangan dunia dekorasi ZALDECO INSPIRATIONS. Syabas kepada Faizal Zain dan anda semua yang terus menyokong.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kepada semula follower setia zaldeco, pelanggan-pelanggan zaldeco, peminat Faizal Zain dan pengunjung setia blog kami, anda di jemput hadir memeriahkan majlis pada 18hb 2013 bertempat di Mentara@Tiara Club House, Ampang jam 8 mlm, iaitu akan berlangsung majlis pelancaran lagu Yahanana - Faizal Zain feat Salwa (di petik dari album HALAKAN CINTA) & pelancaran Jaafar Onn Kitchen, di samping kehadiran para wartawan, dj radio, VIP dan penggiat seni tempatan.

No comments:

Post a Comment