.

Pengikut Blog Zaldeco

Faizal Zain Tampilkan Album Pertama


Selebriti pereka dalaman Faizal Zain, yang kini bergelar penyanyi setelah bernaung di bawah sebuah syarikat rakaman terkenal kini sibuk mempromosikan single pertama beliau, sebuah lagu duet dengan diva Rohana Jalil.


Faizal Zain & Rohana Jalil kini sibuk memenuhi undangan pengambaran foto bersama pelbagai majalah hiburan, sibuk menjalani rakaman pelbagai program sempena hari raya dan sibuk dengan persembahan pentas yang menampilkan single lagu raya yang berjudul 'NUANSA AIDILFITRI'.


Lagu istimewa ini bakal berkumandang di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi dan juga merupakan lagu tema rancangan NUANSA AIDILFITRI yang bakal bersiaran sepanjang bulan puasa ini, yang menampilkan pereka dalaman Faizal Zain sebagai pengacaranya di dalam segmen Ruang & Deko.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Dalam sibuk menguruskan ZALDECO INSPIRATIONS, selebriti pereka dalaman, Faizal Zain juga sibuk dengan pelbagai cabang seni yang diceburinya. Pernah menulis skrip dan mengarahkan filem pendek DORONG (http://dorongfilem.blogspot.com), Faizal Zain kini bergelar penyanyi apabila sedang sibuk menyiapkan album studio pertamannya.


Jadual Faizal Zain kini semakin padat apabila setiap malam terpaksa bersengkang mata dan berkampung di dalam studio bagi menyiapkan rakaman album sulungnya setelah kini bernaung di bawah sebuah label syarikat rakaman tempatan. Album ini mendapat sentuhan komposer-komposer terkenal tanah air dan menyaksikan kolaborasi Faizal Zain dengan beberapa artis ternama yang terlebih dahulu mewarnai industri hiburan tanah air.


Album ini dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan, namun sebuah single bakal diketengahkan terlebih dahulu melalui lagu duet bersama bintang popular Rohana Jalil. lagu ini bakal berkumandang di corong-corong radio tidak lama lagi sebagai percubaan untuk melihat respon daripada para pendengar.


Di dalam album Faizal Zain ini juga melihat beberapa lagi lagu duet beliau bergandingan dengan ramai penyanyi-penyanyi terkenal tanah air. Konsep yang diketengahkan oleh Faizal Zain mempunyai sentuhan kemelayuan dan beraura nusantara. Sekarang kerja-kerja rakaman sedang giat berjalan dengan gabungan tenaga-tenaga kreatif industri muzik bagi menghasilkan sentuhan terbaik. Harapan tinggi diletakkan buat album ini agar kehadiran Faizal Zain di dalam industri muzik diterima ramai.

No comments:

Post a Comment