.

Pengikut Blog Zaldeco

Wallpaper ZALDECO - Klinik Pergigian Dr. Mansur






Hari ini wallpaper bukan sahaja dilihat sebagai satu sentuhan dekorasi buat kediaman malah ianya juga adalah pelengkap kepada sentuhan dekorasi buat premis-premis perniagaan. ZALDECO telah banyak menyiapkan pelbagai premis perniagaan dengan koleksi pelbagai wallpaper di antaranya salon kecantikan, pusat spa, pusat snooker, butik perkahwinan syarikat-syarikat korporat dan lain-lain.






Namun di premis-premis perniagaan ini bukan semua yang bersetuju untuk kami paparkan gambar-gambar buat tatapan blogger, permintaan mereka kami hormati. Jadi yang terbaru, atas kebenaran tuan punya premis perniagaan ini, dapatlah kami paparkan tugasan kami memasang wallpaper untuk Klinik Pergigian Dr. Mansur yang terletak di Sungai Buloh.






Ternyata suasana klinik yang hambar kini tampil lebih menyerlah dengan koleksi wallpaper ZALDECO. Selebriti pereka dalaman Faizal Zain memilih dari rona biru dan kelabu agar kelihatan sedondon dengan rona warna keseluruhan dinding klinik ini.







No comments:

Post a Comment