.

Pengikut Blog Zaldeco

Wallpaper ZALDECO - Kediaman Yang Berhormat

Wallpaper iaitu kertas dinding sememangnya satu elemen pembangkit aura dekorasi yangcukup kuat. Dengan adanya wallpaper pada sesebuah dinding, maka akan terserlahlah keunikan ruang tersebut bergantung kepada elemen dan tema wallpaper tersebut.






Menjengah masuk ke banglo mewah milik seorang yang berhormat, sudah pastinya mengenali akar umbi elemen dekorasi yang cuba disampaikan. Melihat pemilihan perabot-perabot yang sedia ada di kediaman beliau membuatkan ZALDECO memilih wallpaper dari tema vintage dan mewah bagi melengkapi lagi kediaman ini agar sentuhan dekorasi akan menjadi lebih berjaya.






Selebriti pereka dalaman memilih rona dari koleksi bumi, iaitu coklat gelap untuk dijadikan feature wall buat kediaman ini. Isitimewaan wallpaper yang dipilih ialah gabungan warna coklat gelap dan emas yang bersilau tatkala terkena tempiasan cahaya membangkitkan lagi cetusan mewah buat kediaman ini.






Selesai pemasangan wallpaper buat ruang tamu ini, ternayta penampilan banglo mewah ini kelihatan lebih 'hidup' dengan adanya wallpaper. Kemudian buat ruang bilik, selebriti pereka dalaman Faizal Zain memilih dari rona putih, membangkitkan suasana yang lebih luas dan penuh elegan. Dengan wallpaper bertektur ini segalanya tampil lebih mewah dan memukau.






ZALDECO sudah sekian lama memonopoli khidmat wallpaper diseluruh kawasan liputan. Tidak hairanlah kami sering menjadi pilihan utama pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan wallpaper. Dari koleksi wallpaper yang kami tawarkan hingga beratus banyaknya, khidmatan pemasangan professional juga menjadi satu tunjang buat team wallpaper ZALDECO.







Untuk ruang bilik seterusnya, warna biru terkois menjadi pilihan, namun elemen-elemen mewah tetap dikekalkan dengan memilih wallpaper dari gabungan jalinan emas.




Akhirnya keseluruh kediaman yang berhormat tampil lebih menyerlah dengan koleksi wallpaper ZALDECO. Anda juga seharusnya memiliki wallpaer kami!

No comments:

Post a Comment