.

Pengikut Blog Zaldeco

ENF - IKON LELAKI - Faizal Zain, Faizal Tahir, Anuar Zain, Awie Rafael


Klik untuk baca online: http://www.wuuhuuonline.com/enf/index/5099b5091481734202000000/enf_13th_issue

Selebriti pereka dalaman Faizal Zain & penghibur popular Faizal Tahir antara ikon lelaki selain Anuar Zain, Awi Rafael dan beberapa lagi selebriti lelaki yang bakal menghiasi sebuah majalah popular keluaran November ini. Dua selebriti yang mempunyai nama sedondon ini didekati dalam sesi fotografi oleh jurufoto terkenal tanah air iaitu Bustamam Mokhtar.


Bermula dengan tatarias solekan oleh jurusolek Alha Alfa dua selebriti ini digayakan menyorot keperibadian masing-masing. Faizal Zain ditampilkan dengan bentuk seorang pereka manakala Faizal Tahir dijelmakan sebagai seorang bintang rock.


Masing-masing sedang sibuk disiapkan di dalam bilik persalinan, pakaian dua selebriti ini mendapat tajaan daripada Guess & Jaspal.


Sesi fotogarfi ini dilakukan di White Studio, sebuah studio fotogarfi terkenal yang telah banyak melahirkan gambar-gambar penuh sentuhan seni pelbagai selebriti tempatan dan luar negara.


Selebriti pereka dalaman Faizal Zain dilihat sebagai ikon yang cukup berpengaruh di dalam dunia rekaan dalaman dan begitu aktif dalam penulisan buku-buku mahupun artikel-artikel seni rekaan dan sering dilihat muncul dalam pelbagai media massa sebagai perunding hiasan dalaman.

Penghibur terhebat tanah air Faizal Tahir pula dilihat mempunyai nama besar didalam industri muzik tempatan malah mencipta kelompok dan pengikut tersendiri bersama genre muzik yang dibawakannya.Begitu juga selebriti-selebriti yang lain dengan kelebihan masing-masing.


Foto Oleh: Bustamam Mokhtar
Studio: White Studio, Cheras
Wartawan Hiburan: Faizal Harun
Selebriti: Faizal Zain & Faizal Tahir
Pakaian: Guess & Jaspal
Solekan: Alha Alfa

No comments:

Post a Comment