.

Pengikut Blog Zaldeco

Bingkai Dekorasi Dinding ZALDECO

Sekian lama pelanggan-pelanggan kami mendambakan bingkai gambar dekorasi dinding dengan saiz yang besar, akhirnya kini ZALDECO tampil dengan 5 siri pilihan yang keseluruhannya menawarkan 50 rekaan yang boleh anda pilih.

Sudah semestinya bingkai dekorasi dinding bersaiz besar di pasaran agak mahal sehingga ada yang menjangkau kepada RM600 dan RM700. Kini dengan 2 saiz besar pilihan iaitu saiz 3x5 kaki dan 2x5 kaki anda boleh dapatkannya dengan harga yang jauh berganda lebih murah dari harga pasaran.


Hasil sentuhan kreatif pereka dalaman Faizal Zain.

Hari ini bingkai dekorasi dinding dinilai sebagai pelengkap dekorasi. Ianya amat menyerlah tatkala anda mempamerkannya pada ruang dinding. Ianya bisa menterjemahkan konsep dekorasi cetusan anda dan menjelmakan mood dekorasi yang lebih baik.


Pembuatan yang terperinci.

Kepakaran selebriti pereka dalaman yang menghasilkannya sendiri membuatkan rekaan ini terlalu peribadi dan ekslusif. Dengan hasil tangan beliau sendiri membuatkan bingkai dekorasi ini dapat dijual kepada anda dengan harga yang cukup murah.



Pembuatan yang cukup teliti menghasilkan sentuhan yang baik. Bingkai dekorasi ini boleh sahaja dipadankan pada ruang tamu, bilik tidur, ruang makan dan di mana sahaja yang anda rasakan perlu.

Kami menawarkan 5 siri utama antaranya siri Alam, siri Bungaan, siri Alunan, siri Retro dan Siri Terbang. Kesemua siri ini menjadi tunjang utama dalam konsep sesebuah dekorasi, jadi anda mudah untuk memadankannya.

Isitimewanya, anda juga boleh mengabadikan detik-detik peribadi anda seperti gambar perkahwinan, gambar ulang tahun, gambar si manja atau apa sahaja yang menjadi memori terindah dalam hidup anda agar dapat kami bingkaikan menjadi bingkai dekorasi dinding. Menarik bukan?...anda hanya dapat memilikinya dari ZALDECO sahaja...

Untuk saiz 3x5 kaki berharga RM260.00
Untuk saiz 2x5 kaki berharga RM230.00

Penghantaran sekitar Kuala Lumpur juga disediakan dengan tambahan kos penghantaran.


Pilihan dari koleksi kami atau abadikan detik terindah anda.

------------------------------------------------------------------

SIRI ALAM
Siri Alam menawarkan koleksi gambar-gambar alam yang menenangkan. Gambar-gambar ini dapat mencetuskan suasa tenang, romantis, bahagia dan damai tatkala menjadi dekorasi dinding pada bahagian ruang tamu, bilik tidur dan juga sebagainya.







------------------------------------------------------------------

SIRI ALUNAN
Siri Alunan menawarkan koleksi gambar-gambar yang bisa mencetuskan irama. Nadailah kediaman anda dengan pelbagai koleksi gambar-gambar yang berkaitan muzik. Amat sesuai buat kediaman yang bercirikan moden, urban dan kotemporaridekorasi.







------------------------------------------------------------------

SIRI BUNGAAN
Siri Bungaan menawarkan koleksi gambar-gambar bunga yang berwarna-warni. Amat mudah dipadankan dengan tema kediaman anda. serlahkanlah ruang utama mahupun bilik tidur dengan koleksi ekslusif ini.







------------------------------------------------------------------

SIRI RETRO
Siri Retro bagi mereka yang mahukan kelainan. Sesuai bagi mereka yang berjiwa muda dan ranggi. Cetuskan dekorasi yang menarik dengan koleksi bingkai dekorasi Retro ini yang sememangnya sukar anda perolehi di mana-mana.







------------------------------------------------------------------

SIRI TERBANG
Siri Terbang menggabungkan 2 elemen utaman iaitu burung dan rama-rama. Siri ini menzahirkan sentuhan yang lebih abstrak. Sesuai bagi mereka yang lebinh ranggi dan berani. Tampilkan kelainan kediaman anda dengan pilihan dari siri ini.







No comments:

Post a Comment