.

Pengikut Blog Zaldeco

Promosi Decking Balkoni & Halaman

Teknik ‘Decking’ mungkin masih lagi baru di kalangan kita, namun sentuhan dekorasi ini sudah lama digunapakai oleh barat dalam menaikkan seri kediaman. Decking selalunya terdapat di spa-spa mahupun pusat-pusat peranginan. Ianya jarang dipasang pada ruang yang berkeluasan kecil.

Namun kali ini, ZALDECO membawakan teknik decking ini khas untuk kediaman anda. Sentuhan kami khususnya buat ruangan balkoni, anjung dan juga halaman.



Zal sedang merapikan sentuhan lantai decking pelanggan.



Bukan rumah teres atau pun banglo sahaja yang boleh mengadaptasikan teknik ini, kini ZALDECO jug menawarkan pemasangan decking meskipun untuk ruang balkoni kediaman jenis bertingkat seperti flat, pangsapuri, apartment dan juga kondominium.





Lihatlah hasilnya...sebelum dan selepas...menarik bukan?



Dengan pemasangan decking pada ruang halaman dan balkoni, ianya dapat membantu mengindahkan lagi ruang tersebut. Mudah untuk disuaipadankan untuk menjadikan ruang berkenaan sebagai ruang rehat dan santaian, malah dengan adanya lantai decking ini anda akan mudah mencipta sebuah taman mini di balkoni mahupun halaman rumah. Segalanya anda boleh serahkan kepada kami.




Teknik pembikinan dan pemasangan kami adalah cukup professional. ZALDECO merupakan salah-satu perintis pemasangan lantai decking untuk kediaman. Dengan harga serendah RM35 kaki persegi, anda kini mampu menyerlahkan ruang anda dengan penuh keterampilan.




ZALDECO menawarkan lantai kayu solid yang kalis air, kalis reput, kalis anai-anai dan kelasakkannya menjangkau hingga 20 tahun lamanya. Ianya amat berbaloi untuk anda. Apa lagi tunggu? Dapatkan segera lantai decking ZALDECO sementara promosi ini berlangsung.


KLIK PAUTAN:- PROMOSI DEKO LAMAN (AIR PANCURAN)
http://zaldeco.blogspot.com/2012/01/promosi-deko-laman-air-pancuran.html

7 comments:

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Cantiknye zal...

zaldeco said...

decking ni memang cantik kak....meletop!

Vitamin Kesihatan Group said...

biasanya brp RM range harga utk buat deko camni dgn ada sedikit ruang air pancut dan kolam ikan.

zaldeco said...

mengikut keluasan balcony anda. air pancuran juga mengikut saiznya.

Unknown said...

kalu deckong no 10 tu berapa harganya yer??sy nak buat sudut kecil utk decking mcm tu lah

ninie said...

hi zaldeco,

promosi ni masih ada lagi ke?

@nurfurqan said...

hi zal. nice decking. memang buatkan mata memandang segar bugar...hati pun tenang. Nak tanya if nak deko di bwah sudut tangga dekorasi yang mana yg sesuai ye.

Post a Comment