.

Pengikut Blog Zaldeco

Ucapan Tahun Baru 2012

SELAMAT TAHUN BARU - 2012
'Kediaman Adalah Syurga!'


Semestinya tahun 2011 ditutup kemas ZALDECO INSPIRATIONS dengan pelbagai hasil-hasil renovasi dan dekorasi yang telah dilakukan, mahupun buat syarikat-syarikat korporat dan juga kediaman-kediaman pelanggan.

Tahun 2011 juga menyaksikan pelbagai kejayaan ditempah oleh ZALDECO INSPIRATIONS untuk terus berdiri sebagai sebuah syarikat yang menyalurkan cetusan idea bernas dan hasil kerja yang diyakini.

Pelbagai pendedahan diperolehi oleh ZALDECO apabila sering menjadi pilihan media termasuk beberapa akhbar utama dan majalah-majalah dekorasi tempatan. Cetusan idea kreatif pereka dalaman dan pengasas ZALDECO, Faizal Zain juga semakin mendapat kepercayaan pelbagai pihak sehingga menjadi pereka dalaman undangan dalam rancangan TV, bersiaran di radio bersama pendengar dan sering tampil menghiasi dada-dada majalah dan akhbar.





ZALDECO yang terus mengekalkan prinsipnya iaitu 'small budget, BIG ideas' juga berjaya memenangi hati kesemua tahap golongan pelanggan. Tidak pernah memandang rendah keinginan golongan sederhana untuk memiliki kediaman nan indah, kami sering tampil dengan pelbagai promosi harga murah manakala kami juga memenuhi impian mereka yang berbudget besar untuk membina kediaman impian.

Kediaman adalah ibarat sebuah syurga buat kita sebenarnya, maka cetuskanlah inspirasi di dalamnya agar kehidupan kita lebih bermakna dan selesa. Kehidupan yang diwarnai dengan kediaman indah sudah tentu menjadi pelengkap dan satu keperluan. Tidak semestinya kediaman mesti besar dan mewah, yang penting adalah sunsun atur, pemilihan warna, idea dan konsep yang akan menaiktarafkan kediaman masing-masing.

Kehadiran tahun 2012 bakal diwarnai ZALDECO dengan pelbagai lagi siri promosi. Dan sudah terjadual pereka dalaman Faizal Zain bakal muncul dalam pelbagai lagi majalah dekorasi sepanjang tahun. Beliau juga akan menjadi perunding hiasan dalaman untuk majalah dekorasi SENI HIAS dalam segmen 'CELOTEH DEKO' yang akan menemui pembaca tiap-tiap keluaran nanti.

Tidak ketinggalan juga Faizal akan tampil dalam beberapa lagi siri dekorasi di kaca TV anda dan akan berkongsi tips dekorasi bersama pendengar-pendengar radio. Pihak ZALDECO juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua pelanggan-pelanggan kami sepanjang tahun 2011. Kami berharap anda semua amat berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Terima kasih kepada para pelanggan yang membenarkan kediaman mereka dipaparkan di dalam blog dan terima kasih juga kepada mereka yang lebih selesa untuk tidak memaparkannya di dalam blog kami.

Akhir kata semoga tahun 2012 bakal membawakan sinar kejayaan untuk kita semua dan semoga akan lebih sukses dalam apa jua usaha yang anda lakukan. Ribuan terima kasih kepada pengikut-pengikut blog yang saban hari melayari laman blog kami, sokongan anda adalah pembakar semangat.

Harap anda sudi meninggalkan ucapan tahun baru di bawah ini untuk dikongsi kita bersama....

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!

Senarai Pelanggan 2011
En. Hamzaidi - Kondominium Suria Jelatek Condo
En. Mazlan- Kondominium One Damansara
En. Sazlee Mahat- Kondominium Riana Green, Wangsa Maju
En. Rosli - Apartment Flora Damansara
En. Badar Husin - Kondominium PV8, Melati
Puan Hanisha- Kondominium Ampang Prima
Ms. Jessy Ho - Kondominium Casa Idaman, Batu Muda
Puan Kamariah -Teres Puncak Jalil, PUJ 5
Puan Jalilah - Teres Taman Dagang
En. Razak - Teres Taman Megah, Bt. 9
Puan Zanariah - Bunglo, Bukit Mahkota
En. Marzuki - Kondominium Kiara 3, Bkt. Kiara
Mr. Richard - Kondominium Monte Bayu

Mr. Calvin Chong - Kondominium One Jelatek Condo
Puan Rokiah - Apartment Prisma Perdana, Cheras
Puan Hasanah Osman - Apartment Saujana Putra, Puchong
En. Harun Hashim -Teres Taman Sg. Besi Indah
En. Megat Amirul - Teres Bukit Mewah, Kajang
Puan Sharifah Ain - Kondominium Ampang Prima
En. Hakimi - Kondominium Casa Idaman, Batu Muda
Cik Erni - Kondominium Kristal Heights, Shah Alam
Mr. Subra - Apartment Pangsapuri Kenanga, Semenyih
En. Ruslan - Kondominium Rhythm Avenue, USJ19
Puan Kamsiah Ali - Apartment Flora Damansara
Puan Rahimah - Banglo Salak Tinggi, Sepang
Siti Farazila Wahab - Teres Bandar Tun Razak, Cheras

Mr.Ramesh - Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh
En. Shuhaimi Lua - Teres, Sri Rampai
En. Imran Azman - Selayang Resident
Puan Fauziah - Ayu Apartment, Setiawangsa
dan lain-lain....



*bermula 2012 deposit pelanggan ZALDECO berjumlah RM300.

No comments:

Post a Comment